Majlis Perbandaran Seberang Perai  
New Page 4
 
 
 
 

YANG DIPERTUA MPSP
Tuan Hj. Mokhtar B. Mohd.Jait

Sememangnya setiap pelanggan berharap kepentingan mereka mendapat perhatian dan keutamaan. Langkah-langkah bersesuaian  telah dilaksanakan untuk membentuk satu sistem pengurusan dan urustadbir yang cemerlang dengan pemakaian teknik pengurusan moden untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan selaras dengan aspirasi kerajaan dan disokong oleh masyarakat Seberang Perai yang mampan.

Penggunaan aplikasi ICT terbukti menjadi salah satu alat bantu utama untuk meningkatkan sistem penyampaian dengan standard kualiti yang tinggi serta mesra pelanggan. Maklumat dapat disediakan dengan pantas dan tepat bukan sahaja untuk kegunaan organisasi tetapi juga kepada orang awam dan pihak-pihak lain yang berkepentingan.  

Hasrat MPSP ialah untuk menjadikan Seberang Perai sebuah tempat yang bersih indah dan selesa untuk didiami, bekerja dan kompetetif untuk pelaburan. Aspek kebersihan, kesihatan, pembangunan infrastruktur dan kerohanian yang seimbang amat dititikberatkan supaya masyarakat Seberang Perai yang mampan dapat diwujudkan.  MPSP bersama masyarakat Seberang Perai memerlukan satu pendekatan atau kaedah yang membolehkan kita menjangkau jauh kehadapan dengan mengambil kira beberapa faktor kritikal yang akan berlaku pada masa hadapan. Perancangan masa hadapan tidak boleh diabaikan untuk kebaikan bersama. Bagi merealisasi hasrat ini kerjasama yang padu lagi erat antara MPSP dan masyarakat perlu dijalin serta dipertingkatkan untuk menentukan kedudukan dan peranan setiap entiti dalam Seberang Perai.

Tuan Hj. Mokhtar B. Mohd.Jait

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Seberang Perai

Majlis Perbandaran Seberang Perai
Jalan Perda Utama, Bandar Perda
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel: 04-549 7555 , Fax: 04-538 9700

|| Hak Cipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian ||
Laman MPSP telah dilancarkan pada 8 Mei 2000 oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato' Samsudin bin Osman, Ketua Setiausaha Negara.
Paparan menarik menggunakan IE4 dan ke atas dengan 1024x768 piksel.

(C)Hakcipta Terpelihara 2003, Majlis Perbandaran Seberang Perai.