|
Sistem Pemantauan Pembersihan Secara SMS telah dimulakan pada
13.10.2008. Melalui sistem ini penduduk di Seberang Perai
boleh membuat aduan melalui SMS
ke nombor 0195140004 dengan
menyebut dengan jelas lokasi yang terlibat.
Pengadu
akan diberi No. Rujukan setiap kali aduan dibuat. Pengadu
boleh merujuk status aduan
dengan menaip nombor yang diberi bermula dengan ad(No. Rujukan
Aduan) (contoh ad0810147) dan
hantar ke nombor 0195140004.
Untuk
menjayakan sistem aduan pembersihan secara SMS ini struktur Sistem
Pemantauan yang terdapat di Jabatan Kesihatan telah dipinda
dari Sistem Zon kepada Sistem KADUN. Dalam setiap kawasan
KADUN seorang Pembantu Kesihatan Awam (PKA) ditempatkan.
Maklumat
yang dimasukan kedalam sistem ini boleh dipantau juga melalui laman
web Ahli Majlis. Nama PKA juga di pamirkan untuk kemudahan
Ahli Majlis berhubung secara terus.
Salah
satu tugas PKA adalah melawat kawasan yang diadukan dengan seberapa
segera yang boleh. Melalui sistem ini tindakan akan
diambil secepat yang mungkin tetapi tidak lewat dari tiga (3) hari.
Pada hari yang ke tiga tindakan akan diambil oleh Skuad Khas jika
kontraktor gagal menjalankan tugas selewat-lewatnya pada hari kedua.
Segala perbelanjaan yang terlibat dengan Skuad Khas akan dipotong
dari bayaran kepada kontraktor berkenaan.
|