|
New Page 4
|
|
BARANGAN
YANG BOLEH DIKITAR SEMULA |
|
|

|
|
|
KERTAS |
 |
Semua kertas berwarna dan tidak
berwarna seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas (saiz
A4, A3 dan F4), katalog, risalah, kalender, kad, sampul surat dan
kotak kadbod KECUALI kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak/aluminium, kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor
BAGAIMANA UNTUK KITAR SEMULA
KERTAS
- Asingkan
akhbar dan majalah lama daripada kertas-kertas lain
- Buka
dan ratakan kotak
- Ikat
dengan kemas
- Masukkannya
kedalam tong kitar semula berwarna biru atau hantar ke
pusat pengumpulan
|
|
|
KACA |
 |
Semua kaca berwarna dan tidak
berwarna seperti botol minuman ringan, balang makanan, botol
vitamin dan bekas kosmetik KECUALI kristal, cermin, cermin tingkap,
skrin kenderaan, porselin, seramik, mentol, peralatan makmal dan
balang atau botol bahan toksik
BAGAIMANA UNTUK KITAR SEMULA KACA
- Buang
lebihan cecair daripada dalam botol
- Tanggalkan
lebel pada botol
- Cuci
botol dan keringkan
- Masukkannya
kedalam tong kitar semula berwarna coklat
atau hantar ke pusat pengumpulan
|
|
|
ALUMINIUM |
 |
Semua jenis aluminium dan tin
keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan KECUALI tin
cat, bekas bahan toksik, tin gam atau bahan pelekat
BAGAIMANA UNTUK KITAR SEMULA
ALUMINIUM
- Buangkan
lebihan cecair daripada dalam tin
- Tanggalkan
label pada tin
- Bilas
dan keringkan
- Kemekkan
tin
- Masukkannya
kedalam tong kitar semula berwarna
jingga atau hantar ke pusat pengumpulan
|
|
|
PLASTIK |
 |
Semua plastik berwarna dan tidak
berwarna seperti beg plastik membeli-belah dan gedung
membeli-belah, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan,
botol cecair pencuci dan botol vitamin KECUALI bekas cat, bekas
bahan toksik, peralatan makmal dan bekas styrofom
BAGAIMANA UNTUK KITAR SEMULA
PLASTIK
- Buangkan lebihan
cecair atau barang-barang daripada bekas atau beg
plastik
- Tanggalkan
lebel pada bekas plastik
- Bilas
dan keringkan plastik
- Masukkannya
kedalam tong kitar semula berwarna jingga
atau hantar ke pusat pengumpulan
|
|
|
|