|
1. Apakah yang boleh
dibuat oleh pemilik jika premisnya kosong dan untuk
disewa? Pemilik
boleh memohon
pulangan balik cukai taksiran.
2. Apakah yang
dimaksudkan dengan pulangan balik
cukai taksiran? Pulangan balik
cukai taksiran adalah diperuntukkan di bawah Seksyen 162 Akta
Kerajaan Tempatan 1976 di mana pembayar cukai boleh memohon
cukai taksiran yang telah
dibayar bagi setengah tahun kini dikembalikan
sekiranya premis mereka adalah kosong dan untuk
disewa.
3.
Siapakah yang layak memohon pulangan balik cukai taksiran?
Pembayar cukai yang
ingin menyewakan premisnya tetapi premisnya masih
kosong dan belum
mendapat penyewa.
4.
Apakah
yang perlu saya buat sekiranya premis saya kosong
dan belum mendapat penyewa?
Menulis
surat dengan segera untuk memberitahu Jabatan
Penilaian & Pengurusan Harta, Majlis
Perbandaran Seberang Perai bahawa premis anda
adalah kosong dan untuk disewa supaya layak
dipertimbangkan pulangan balik cukai taksiran.
Alamatkan surat anda kepada
Pengarah
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
Majlis Perbandaran Seberang Perai
Jalan
Perda Utama Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam
5. Sila berikan contoh surat pemberitahu?
Klik Contoh
Borang Permohonan
6. Premis saya telah disewakan sekarang. Akan tetapi pada
tahun lepas, premis saya adalah kosong dan
tidak mendapat penyewa. Bolehkah saya memohon
pulangan balik cukai taksiran bagi tempoh masa
tersebut?
Tidak. Permohonan bagi premis yang kosong dan untuk disewa
pada setengah tahun terkini hanya akan
dipertimbangkan. Permohonan pulangan bagi premis yang
kosong pada tahun lepas tidak dapat
dipertimbangkan kerana masa untuk membuat
pertimbangan telah berlalu.
7. Premis saya sudah
disewakan sekarang tetapi premis saya kosong pada
tahun lepas. Adakah saya masih layak memohon pulangan balik
cukai taksiran?
Tidak. Permohonan bagi premis yang masih kosong sekarang
hanya dipertimbangkan. Tuntutan pulangan bagi premis yang kosong
pada tempoh masa dahulu dan kini telah disewakan tidak
dapat dipertimbangkan kerana masa untuk pertimbangan telah berlalu.
8. Bilakah tarikh kuatkuasa pulangan balik cukai taksiran
bermula, tempoh masa kekosongan dan bagaimana
pulangan cukai taksiran dikira?
Sila lihat
contoh premis A dan Premis B.
Tarikh kuatkuasa pulangan balik cukai taksiran bermula
adalah mengikut tarikh surat diterima oleh MPSP.
Bagi premis A pemiliknya telah
memberitahu MPSP dengan awal lagi dan oleh itu
tarikh kuatkuasa pulangan akan bermula pada 1
Januari (setengah tahun berkenaan)
Bangunan
|
Cukai setahun
|
Tarikh kosong
|
Surat terima
|
Tarikh pulangan bermula
|
Disewa / Tarikh disewa
|
Akhir setengah tahun pertama
|
Premis A
|
RM1,200
|
1-1-2007
|
28-12-2006
|
1-1-2007
|
1-5-2007
|
30-6-2007
|
Premis B
|
RM1,200
|
1-1-2007
|
15-1-2007
|
15-1-2007
|
Tidak
|
30-6-2007
|
Bagaimana tempoh masa pulangan dikirakan.
Bangunan
|
Tarikh pulangan bermula
|
Disewa / Tarikh disewa
|
Akhir setengah tahun pertama
|
Tempoh kosong
|
Bilangan hari kosong
|
Premis A
|
1-1-2007
|
1-5-2007
|
30-6-2007
|
1-1-2007
hingga
30-4-2007
|
120 hari
|
Premis B
|
15-1-2007
|
Tidak
|
30-6-2007
|
15-1-2007
hingga
30-6-2007
|
166 hari
|
Bagaimana bayaran pulangan cukai taksiran
dikirakan.
Premis A
|
Premis B
|
|
Tempoh masa kosong dari
1-1-2007 hingga 30-4-2007 = 120 hari
Pulangan = RM 1,200 x 120 / 365
= RM 394.52 x 50%
= RM 197.26
|
Tempoh masa kosong dari
15-1-2007 hingga 30-6-2007 = 166 hari
Pulangan = RM 1,200 x 166 / 365
= RM 545.75 x 50%
= RM 272.87
|
9.
Adakah permohonan pulangan balik cukai taksiran
boleh dibuat bagi mana-mana tingkat bangunan
yang tidak dapat disewakan?
Boleh.
10.
Adakah permohonan pulangan balik cukai taksiran boleh dibuat
bagi sebahagian keluasan bangunan yang tidak dapat disewakan?
Boleh dengan syarat keluasan bangunan tersebut hendakah melebihi 1000
kaki persegi dan mempunyai ruang laluannya tersendiri.
11. Apakah
syarat - syarat yang membolehkan sesuatu permohonan pulangan balik cukai
taksiran diluluskan?
· Memberi notis
bertulis sebaik sahaja premis menjadi kosong dan untuk
disewa atau mengisi 'Borang Permohonan Pulangan Balik Cukai Taksiran'
yang boleh diperolehi di Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MPSP atau mebuat
permohonan melalui Laman Web MPSP
· Tempoh kekosongan
hendaklah melebihi 1 bulan kalendar dalam mana-mana penggal proses
pulangan balik cukai taksiran.
Contoh : proses pulangan balik
cukai taksiran dibuat 2 kali setahun iaitu : -
1/2 tahun pertama - 1
Jan - 30 Jun
1/2 tahun kedua
- 1 Julai - 31 Dis
Jika notis
permohonan diterima pada 10 Jun maka tempoh kekosongan pada 1/2
tahun pertama tidak diluluskan kerana tempoh kekosongan kurang dari 1
bulan dan permohonan tersebut akan dibawa ke 1/2 tahun kedua dengan tarikh
kuatkuasa pulangan pada 1 Julai.
· Bangunan tersebut
hendaklah kosong dan untuk disewakan
· Cukai taksiran
bagi tempoh tuntutan telah dibayar dan tidak ada tunggakan cukai
· Usaha -usaha
untuk mendapat penyewa telah dijalankan dan mesti dibuktikan. Berikut
adalah contoh usaha untuk mendapatkan penyewa
1. Papan kenyataan 'Untuk
Disewa' (siasatan tapak akan dibuat oleh pegawai majlis)
2. Iklan untuk disewa (resit
bayaran iklan akan diminta oleh majlis sebagai bukti)
3. Melantik agen hartanah
untuk mendapat penyewa ( surat lantikan akan diminta oleh majlis sebagai
bukti)
· Membuat tuntutan pulangan
balik cukai taksiran dengan mengisi 'Borang Tuntutan BP9' yang dihantar
oleb MPSP pada bulan Jun untuk proses pulangan 1/2 tahun pertama dan bulan
Disember untuk proses pulangan 1/2 tahun kedua dan dikembalikan tidak
lewat dari 1 bulan kalendar selepas berakhirnya penggal proses pulangan
atau membuat tuntutan bertulis dalam tempoh 1 bulan selepas berakhirnya
penggal proses pulangan.
12.
Bagaimana proses pulangan balik cukai taksiran
dijalankan?
Proses
pulangan balik cukai taksiran dijalankan dua kali
setahun iaitu setengah tahun pertama dari bulan
Januari hingga Jun dan setengah tahun kedua dari
bulan Julai hingga Disember. Didalam tempoh
berkenaan pegawai majlis akan membuat siasatan
ditapak bagi memastikan premis tersebut adalah
kosong dan untuk disewakan. Usaha-usaha untuk
mendapatkan penyewa mesti dibuktikan. Sebaik
sahaja proses pulangan setengah tahun pertama
berakhir pada bulan Jun dan setengah tahun kedua
berakhir pada bulan Disember, pihak Jabatan
Penilaian & Pengurusan Harta akan menghantar
Borang Tuntutan Pulangan Balik Cukai Taksiran
(BP9) untuk diisi oleh dikembalikan dalam tempoh 1
bulan selepas berakhirnya tiap tiap penggal proses
pulangan balik cukai taksiran. Keputusan gagal
atau berjaya akan diberitahu dalam tempoh 4 bulan
selepas berakhirnya tiap-tiap penggal proses
pulangan tersebut.
|