MPSP | HOME


 
   
  Bantahan Notis Taksiran
 

    Seseorang yang tidak berpuas hati dengan Nilai Tahunan boleh membuat bantahan secara bersurat atau melalui web tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan dalam notis taksiran. Bantahan tersebut hendaklah berasaskan kepada perkara berikut sahaja iaitu:

  1. harta yang dikenakan cukai adalan dinilai lebih tinggi dari yang sepatutnya.
  2. harta tersebut adalah jenis harta yang tidak boleh dikenakan cukai iaitu bersifat kegunaan awam dan tidak bermotifkan keuntungan.
  3. Contohnya :- masjid, sekolah awam dan sebagainya.

  4. harta tersebut sepatutnya dikenakan cukai tetapi telah tidak dinilaikan.
  5. harta tersebut telah dinilai kurang dari yang sepatutnya.
  6. harta yang dinilai secara bersama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.

TOP
  Tempat Mesyuarat Rayuan Cukai
 

    Tempat mendengar bantahan atau rayuan adalah mengikut daerah iaitu daerah dimana harta tersebut berada. Contoh sekiranya harta tersebut berada di kawasan Seberang Perai Utara maka tempatnya adalah di kawasan daerah utara. Tempat mendengar bantahan cukai adalah seperti berikut:-

  1. Daerah SPU - Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi.
  2. Daerah SPT - Bilik Melati (Bilik Sidang), Bangunan Ibu Pejabat MPSP, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam.
  3. Daerah SPS - Pejabat Cawangan Majlis, Kompleks Kerajaan, Jawi
  Tatacara Mesyuarat Rayuan Cukai
 

    Mesyuarat rayuan adalah untuk mendengar, meneliti dan menimbang segala bantahan yang dibuat oleh seseorang atau mana-mana pihak yang tidak berpuashati atas notis taksiran yang dikenakan ke atas harta mereka. Alasan bantahan mestilah berlandaskan kepada asas-asas yang dinyatakan para di atas.

    Perayu hendaklah hadir di dalam mesyuarat tersebut atau mewakilkan kepada wakil mereka dengan memberi surat kebenaran wakil.

  Jawatankuasa Rayuan Cukai
 

    Bantahan yang dikemukakan oleh perayu akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan Cukai. Jawatankuasa rayuan cukai ini terdiri dari ahli-ahli majlis MPSP. Peranan mereka adalah untuk mendengar, meneliti, menyiasat dan menimbang segala bantahan yang dikemukakan.

TOP
  Rayuan Keputusan Cukai Taksiran
 

     Sekiranya seseorang individu telah membuat bantahan cukai taksiran dan masih tidak berpuas hati dengan keputusan majlis, mereka boleh membuat rayuan kepada mahkamah tinggi dengan cara usul permulaan. Usul permulaan ini hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan cukai taksiran dan jumlah cukai taksiran yang diputuskan oleh majlis telah dijelaskan.

TOP
   
(C)Hakcipta Terpelihara, Majlis Perbandaran Seberang Perai 2003.