HOME | ISO | EMAIL | PROFIL | PERKHIDMATAN | REKREASI | BULETIN | SOALAN LAZIM | SOAL SELIDIK

BARANGAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA

 

(Klik pada imej untuk besarkan.)

 

KERTAS

Semua kertas berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar,  majalah, buku, helaian kertas (saiz A4, A3 dan F4), katalog, risalah, kalender, kad, sampul surat dan kotak kadbod KECUALI kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak/aluminium, kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor

BAGAIMANA UNTUK KITAR SEMULA KERTAS

Asingkan akhbar dan majalah lama daripada kertas-kertas lain

Buka dan ratakan kotak

Ikat dengan kemas

Masukkannya kedalam tong kitar semula berwarna biru atau hantar ke pusat pengumpulan

KACA

Semua kaca berwarna dan tidak berwarna seperti botol minuman ringan, balang makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik KECUALI kristal, cermin, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, mentol, peralatan makmal dan balang atau botol bahan toksik

BAGAIMANA UNTUK KITAR SEMULA KACA

Buang lebihan cecair daripada dalam botol

Tanggalkan lebel pada botol

Cuci botol dan keringkan

Masukkannya kedalam tong kitar semula berwarna coklat atau hantar ke pusat pengumpulan

ALUMINIUM

Semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan KECUALI tin cat, bekas bahan toksik, tin gam atau bahan pelekat

BAGAIMANA UNTUK KITAR SEMULA ALUMINIUM

Buangkan lebihan cecair daripada dalam tin

Tanggalkan label pada tin

Bilas dan keringkan

Kemekkan tin

Masukkannya kedalam tong kitar semula berwarna jingga atau hantar ke pusat pengumpulan

PLASTIK

Semua plastik berwarna dan tidak berwarna seperti beg plastik membeli-belah dan gedung membeli-belah, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, botol cecair pencuci dan botol vitamin KECUALI bekas cat, bekas bahan toksik, peralatan makmal dan bekas styrofom

BAGAIMANA UNTUK KITAR SEMULA PLASTIK

Buangkan lebihan cecair atau barang-barang daripada bekas atau beg plastik

Tanggalkan lebel pada bekas plastik

Bilas dan keringkan plastik

Masukkannya kedalam tong kitar semula berwarna jingga atau hantar ke pusat pengumpulan

 

(C)Hakcipta Terpelihara, Majlis Perbandaran Seberang Perai 2003.