|
1. Apa yang dimaksudkan dengan cukai
taksiran?
Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan
Majlis Perbandaran Seberang Perai seperti rumah kediaman, harta perniagaan
(kedai, komplek, hotel dsbnya), harta perindustrian (kilang, perlabuhan
dsbnya) dan tanah (kosong tanpa bangunan, pertanian, tanah yang diberi
kelulusan untuk tatasusunan
|
|
2. Bolehkah
cukai taksiran diberi pelepasan?
Cukai taksiran boleh diberi pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan atau dimusnahkan
dengan sebab-sebab kebakaran, angin ribut atau sebab-sebab lain.
|
|
3. Mengapa
cukai taksiran dikenakan ke atas tanah oleh MPSP sedangkan ianya telah dikenakan cukai hasil oleh Pejabat Tanah?
Cukai tanah yang
dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah
berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut
peruntukan Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan Cukai taksiran yang dikenakan
oleh MPSP adalah mengikut peruntukan di bawah Akata Kerajaan Tempatan 1976.
|
|
4. Adakah konsesi
diberi jika sesebuah rumah tersebut diduduki oleh pemunyanya sendiri?
Tidak. Tidak ada
sebarang peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang membolehkan
MPSP memberi konsesi atas bayaran cukai taksiran bagi rumah yang diduduki
sendiri
|
|
5. Adakah cukai
taksiran dikenakan
bagi bangunan yang tidak diduduki atau kosong?
Ya, cukai taksiran
tetap dikenakan walaupun sesebuah bangunan atau rumah itu kosong.
Walaubagaimanapun, jika bangunan tersebut kosong dan untuk disewakan, maka
para pemilik bolehlah memohon agar bayaran cukai taksiran mereka dipulangkan.
Proses ini dipanggil pulangan balik hasil
|
|
6. Bagaimanakah cukai
taksiran ditentukan?
Cukai taksiran ditentukan
berdasarkan formula berikut:
Cukai taksiran = Nilai Tahunan
X Kadar(%)
|
|
7. Bagaimanakah kadar (%)
ditentukan?
Kadar(%)
ditentukan berdasarkan keperluan Anggaran Belanjawan Majlis, atau kos-kos
yang ditanggung Majlis.
|
|
8. Bagaimanakah Nilai Tahunan
ditentukan?
Nilai Tahunan adalah anggaran
nilai sewa kasar tahunan, dalam bentuk formula:
Nilai
Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan
X 12 bulan
|
|
9. Bagaimana Nilai Tahunan
ditentukan bagi rumah yang diduduki oleh pemilik sendiri dan bukan untuk disewa?
Rumah
yang diduduki sendiri, rumah yang boleh disewakan tetapi ditinggalkan kosong
dan rumah yang disewakan, kesemuanya mempunyai "Nilai Sewa". Oleh
itu, untuk menentukan Nilai Tahunan bagi sesebuah rumah, maka rumah tersebut
akan diandaikan "kosong dan untuk disewakan" dan anggaran sewa
sebulan didasarkan pada sewaan yang dibayar untuk rumah-rumah sejenis yang
berdekatan.
|
|
10. Apa yang dimaksudkan dengan Notis
Kadaran?
Notis
Kadaran adalah notis pemberitahuan kepada pemilik-pemilik mengenai cadangan
nilai tahunan yang ditentukan ke atas pegangan mereka. Dengan maksud lain,
ia adalah satu makluman mengenai jumlah cukai taksiran yang akan dikenakan.
|
|
11. Bolehkah pemilik membuat
bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut?
Pemilik
boleh membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut dengan menghantar
surat kepada Majlis. Setiap pemilik yang membuat bantahan akan diberi
peluang untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Cukai bagi mengemukakan
alasan-alasan kepada bantahannya.
|
|
12. Bolehkah pemilik yang membuat
bantahan mewakilkan orang lain untuk hadir bagi pihaknya di hadapan Jawatankuasa
Rayuan Cukai?
Jika
pemilik yang telah membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tidak dapat hadir
di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai, maka pemilik bolehlah mewakilkan orang
lain untuk menghadirkan diri bagi pihaknya dengan syarat wakil tersebut
mengemukakan 'Surat Kuasa' yang ditandatangani oleh pemilik yang membuat
bantahan.
|
|
13. Bagaimanakah
keputusan Jawatankuasa Rayuan Cukai diberitahu kepada para pemilik?
Keputusan
Jawatankuasa Rayuan Cukai akan dimaklumkan kepada para pemilik secara
bersurat.
|
|
14. Adakah
pemilik masih boleh membuat rayuan setelah Jawatankuasa Rayuan Cukai membuat
keputusannya?
Boleh,
para pemilik perlulah merayu kepada Mahkamah Tinggi dengan cara usul
permulaan dengan syarat bayaran cukai yang telah ditetapkan dibayar kepada
MPSP terlebih dahulu.
|
|
15.
Bilakah bil-bil cukai taksiran akan
dikeluarkan?
Bil-bil
akan dihantar sebanyak dua kali setahun, iaitu dalam bulan Januari dan
Julai.
|
|
16. Bilakah tempoh bayaran bagi
bil-bil cukai taksiran?
Tempoh bayaran bagi bil-bil
cukai taksiran adalah seperti berikut:
|
Setengah
Tahun
|
Tempoh
Pembayaran |
|
Pertama |
1hb
Januari sehingga 28hb. Februari / 29 Februari |
|
Kedua |
1hb
Julai sehingga 31hb. Ogos |
|
|
17. Dimanakah bil-bil cukai
taksiran boleh dibayar?
Para pelanggan bolehlah
membuat bayaran dilokasi-lokasi berikut:
| |
Lokasi |
Cara
Bayaran |
| |
Kaunter
Bayaran MPSP:
|
|
|
1
|
Kaunter
Berpusat, Ibu pejabat MPSP, Jalan Perda Utama, Bandar Perda
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel: 04 549 7694/695
|
- Tunai
- Cek
- Bank Draf
- Kad Kredit - Visa &
Mastercard
- Money Order
- Postal Order
|
| 2 |
Tingkat
Bawah, Pejabat Cawangan MPSP Butterworth, Jalan Datuk Haji Ahmad Said, 12000
Butterworth
Tel: 04 310 5571
|
| 3 |
Kaunter
Bhg. Hasil MPSP, Cawangan Sg. Jawi, Tingkat Bawah, Komplek Pejabat
Kerajaan, 14200 Sungai Jawi
Tel: 04 582 4355
|
| |
Kaunter
Bayaran TM
|
|
| 1 |
Jalan
Bagan Luar, Butetrworth Tel: 04
3334898
|
|
| 2 |
Jalan
Arumugam Pillai, 14000 Bukit Mertajam
Tel: 04 539 1990
|
| 3 |
No.
1, Jalan Besar, Taman Jelatik, 14200 Nibong Tebal
Tel: 05 716 7358
|
| |
Kaunter
Bayaran Tenaga Nasional Berhad
|
|
| 1 |
3031,
Jalan Tenaga, Seberang Jaya, 13700 Perai. Tel: 04
382 0200
|
|
| 2 |
No.
1899 - 1902, Taman Sri Mangga, Jalan Bukit Minyak, 14000 Bukit
Mertajam
Tel: 04 507 0461
|
| 3 |
No
3364/65, Jalan Nuri, 14300 Nibong Tebal
Tel: 04 593 1606
|
| 4 |
No.
1, Jalan Perda Barat, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam
Tel: 04 530 0712
|
| |
Kaunter
Bayaran Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang |
|
| 1 |
Tingkat
3, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang
Tel: 04 263 4200
|
|
| 2 |
77,
Taman Selat, Jln Bagan Luar, 12000 Butterworth
Tel: 04 323 1587
|
| 3 |
2487,
Jln Kulim, 14000 Bukit Mertajam
Tel: 04 539 2898
|
| 4 |
No.
92, Tingkat Bawah, Jalan Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya, 14200 Jawi
Tel: 04 582 4463
|
| |
Kaunter
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang Berhad |
|
|
1
|
No.
1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru, 11909 Bayan Lepas
Tel: 04 634 0111
|
|
| |
PDC
Setia Urus Sdn. Bhd. |
|
| 1 |
Tingkat 4 Komtar, Pulau Pinang
Tel: 04 2623705
|
|
| |
Kaunter
Pos Malaysia Berhad |
|
| 1 |
Seluruh
Negeri Pulau Pinang |
|
| |
Kaunter
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) |
|
| 1 |
Ibu
Pejabat MPPP, Tingkat 3, Bangunan Komtar.
Tel : 04 268 2174
|
|
| 2 |
Tingkat
Bawah, Bangunan
PISA
Tel: 04 645 1170 |
| 3 |
Balik
Pulau
Tel: 04 866 8201 |
| |
Portal
Kerajaan Negeri Pulau Pinang |
|
| 1 |
Terbuka
untuk semua pelanggan MPSP yang mempunyai akaun internet banking di
Bank Islam, Bank Bumiputra Commerce, Bank Hong Leong dan Public
Bank. |
|
| |
Alliance
Bank Malaysia Berhad |
|
| 1 |
Terbuka
untuk semua pelanggan MPSP |
- Kaunter
ABMB di seluruh Malaysia
|
| 2 |
Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai akaun di ABMB sahaja |
|
| |
AmBank
Group Malaysia Berhad |
|
| 1 |
Terbuka
untuk semua pelanggan MPSP |
- Kaunter
AmBank di seluruh Malaysia
|
| 2 |
Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai akaun di AmBank Group sahaja |
- Perbankan
Internet di www.ambg.com.my
- Perbankan
melalui telefon AmDirect
- Mesin
ATM AmBank Group
|
| |
Bank
Islam Malaysia Berhad |
|
| 1 |
Terbuka
untuk semua pelanggan MPSP |
- Kaunter
BIMB di seluruh Malaysia
- Terminal
deposit cek BIMB
- Mesin
deposit tunai BIMB
|
| 2 |
Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai akaun di BIMB sahaja |
- Arahan Auto Debit
- Mesin ATM BIMB
- Perbankan SMS
- Perbankan internet
|
| |
Bumiputra
Commerce Berhad |
|
| 1 |
Terbuka
untuk semua pelanggan MPSP |
- Kaunter
BCB di seluruh Malaysia
|
| 2 |
Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai akaun di BCB sahaja |
|
| |
Citibank
Malaysia Berhad |
|
| 1 |
Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai kad kredit |
|
| |
HSBC
Bank Malaysia Berhad |
|
| 1 |
Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai akaun di HSBC sahaja |
|
| |
Maybank
Berhad |
|
| 1 |
Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai akaun di Kumpulan Maybank Berhad
sahaja |
- Perbankan Melalui Internet - maybank2u.com
- Phonebanking - Perbankan Melalui
Telefon
- m2u mobile
|
| |
MbF
Cards Sdn Bhd |
|
| 1 |
Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai kad kredit MBF sahaja |
- Perbankan
Internet (Click N’ Pay) di www.mbfcards.com
- Perbankan
melalui telefon (Call N’ Pay) ke ‘call centers’ MbF Cards
- Perbankan
melalui telefon mudah alih (Wap N’ Pay) ke www.mbfcards.com
- Arahan
Auto Debit
|
| |
RHB
Bank |
|
| 1 |
Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai akaun di RHB Bank sahaja |
|
|
|
18. Apakah akan terjadi jika tidak
membayar atau lewat membayar cukai taksiran?
Jika anda membayar selepas
tempoh yang telah ditetapkan, iaitu selepas 28 atau 29 Februari dan 31 Ogos,
Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan
semua tunggakan dalam masa 15 hari daripada tarikh notis dan denda
seperti berikut akan dikenakan:
|
Jumlah
Terhutang
|
Denda
yang dikenakan |
|
RM100
dan ke bawah |
RM1.00 |
|
Lebih
daripada RM100 |
2%
daripada jumlah tunggakan |
Jika anda masih lagi belum
membuat bayaran selepas menerima Notis (Borang E), waran tahanan akan
dikeluarkan kepada anda dan kos waran sebanyak 20% atas jumlah tunggakan
cukai akan dikenakan. Waran ini membolehkan pegawai MPSP yang
diberi kuasa:
|
|
19. Jika
pemilik masih belum membayar tunggakan cukai taksiran, adakah Majlis boleh
menahan permohonan pemilik untuk hal-hal lain yang berkaitan?
Ya, Majlis boleh menahan
proses permohonan pemilik yang mempunyai tunggakan dari memperolehi
kelulusan berikut:
-
Kelulusan lesen perniagaan
di pegangan tersebut
-
Kelulusan pelan susunatur.
-
Kelulusan pelan bangunan.
-
Kelulusan sijil kelayakan
menduduki bangunan (OC)
|
|
20.
Adakah
bayaran perlu dibuat jika rumah tersebut tidak didiami?
Ya,
premis yang kosong atau belum diduduki lagi tidak layak untuk pengecualian,
pembatalan atau pengurangan cukai taksiran. Cukai taksiran adalah perlu
dibayar tidak kira sama ada rumah itu diduduki atau kosong. Akan tetapi
premis yang kosong dan sesuai diduduki layak untuk memohon pulangan balik
hasil.
|
|
21. Apakah
syarat-syarat permohonan pulangan balik hasil premis kosong?
Bagi
memohon pulangan balik hasil, pemilik mestilah membuat pemberitahuan dengan
menghantar surat kepada Jabatan Penilaian, MPSP dalam masa tujuh (7) hari
dari mulanya tempoh pulangan balik hasil itu dituntut. Cukai taksiran boleh
dipulangkan bagi tempoh rumah anda itu dikosongkan tertakluk kepada
syarat-syarat yang dikehendaki oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 seperti
berikut:
-
Bangunan
adalah TIDAK DIDUDUKI/KOSONG dan UNTUK DISEWA
-
Telah
memberi notis bertulis kepada Majlis mengenai kekosongan (Borang
permohonan (BP. 9) hendaklah diisi dan dikembalikan).
-
Tempoh
yang tidak diduduki hendaklah tidak kurang dari satu bulan kalendar
-
Segala
usaha yang munasabah untuk mendapatkan seorang penyewa ('tenant') telah
dibuat melalui iklan dalam surat khabar atau paparkan papan kenyataan
'UNTUK DISEWA' hendaklah diletakkan dihadapan premis
-
Cukai
taksiran hendaklah dijelaskan termasuk semua tunggakan dalam tempoh
pulangan balik hasil dituntut
|
|
22. Apakah
tindakan yang perlu diambil jika terdapat tukar milik, mewarisi, mewariskan
membeli, atau menjual harta?
-
Semak
dengan MPSP bagi memastikan tiada tunggakan cukai taksiran pegangan
tersebut. Atau, semakan boleh dibuat oleh peguam atau agen pengurusan
yang menguruskan harta tersebut.
-
Memaklumkan
kepada MPSP dengan mengisi Borang I atau Borang J (Notis Jualan atau Pindah
milik [Sek 160, AKT 1976] dengan disertakan maklumat-maklumat berkenaan
dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik disempurnakan. Jika anda
gagal, pihak MPSP boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut
Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Segala kos guaman akan
dituntut oleh peguam dari pemilik harta.
|
|
23. Apakah
tindakan yang perlu diambil jika premis yang roboh, buruk, terbakar, terbiar
atau tidak sesuai didiami?
Sila
tulis surat rasmi kepada Jabatan Penilaian, MPSP bagi membolehkan bangunan
ini dikeluarkan daripada Senarai Nilaian.
|
|
24. Bolehkah
cukai taksiran diberi pengecualian?
Mengikut
Seksyen 134 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Cukai taksiran boleh dikecualikan
apabila sesuatu pegangan atau mana-mana bahagiannya digunakan semata-mata:
-
Sebagai
tempat awam untuk sembahyang
-
Sebagai
tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen
-
Bagi
sekolah awam
-
Sebagai
tempat awam bagi maksud khairat atau maksud sains, sastera atau seni
halus.
|