HOME | ISO | EMAIL | PROFIL | PERKHIDMATAN | REKREASI | BULETIN | SOALAN LAZIM | SOAL SELIDIK

Soalan Lazim (FAQ) :

 

Cukai / Kompauan dan Notis / Kebenaran Merancang / Aduan / Taksiran / Pulangan Balik Cukai Taksiran / SMS - Bayaran Cukai

 

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

1. Bilakah pulangan balik cukai taksiran bermula jika permohonan dibuat melalui surat (Kaedah 1)?

Pulangan balik cukai taksiran bermula dari tarikh surat diterima oleh MPSP. Contoh ditunjukkan di dalam jadual di bawah.

Bangunan Tarikh Kosong Surat Terima Tarikh Pulangan Bermula
A 1.1.2004 28.12.2003 1.1.2004
B 1.1.2004 15.1.2004 15.1.2004

 

2. Bagaimanakah bayaran Pulangan Balik Cukai Taksiran dikira untuk kes di atas?

 

Bangunan Cukai Setahun (RM) Tarikh Pulangan Bermula Tarikh Disewa Akhir 1/2 Tahun Pertama Tempoh Kosong Bil. Hari Kosong
A 1,200 1.1.04 1.5.04 30.6.04 1.1.04 Hingga 30.4.04 120
B 1,200 15.1.04 Tidak 30.6.04 15.1.04 Hingga 30.6.04 167
 

Bangunan A :-

Tempoh Kosong = 1.1.2004 hingga 30.4.2004

Jumlah Hari = 120 hari

Jumlah pulangan = RM 1,200 X 120 hari / 365 hari = RM 394.52

Bangunan B :-

Tempoh Kosong = 15.1.2004 hingga 30.6.2004

Jumlah Hari = 167 hari

Jumlah pulangan = RM 1,200 X 167 hari / 365 hari = RM 549.04

 

3. Bolehkah permohonan pulangan balik cukai taksiran dibuat untuk mana-mana tingkat bangunan yang kosong dan gagal disewakan?

Boleh dengan syarat ia mempunyai laluan masuk yang berasingan.

 

4. Bangunan saya telah berjaya disewakan sekarang. Walau bagaimanapun pada tahun lepas bangunan saya adalah kosong tanpa penyewa. Adakah saya layak memohon pulangan balik cukai taksiran bagi tempoh kekosongan tersebut?

 

 

Tidak. Permohonan bagi bangunan yang kosong dan untuk disewa bagi setengah tahun terkini sahaja akan dipertimbangkan.

 

5. Bolehkan pernohonan pulangan balik cukai taksiran dibuat untuk sebahagian keluasan bangunan yang tidak dapat disewakan?

Boleh. Dengan syarat keluasan ruang lantai bangunan tersebut hendaklah tidak kurang daripada 1,000 kaki persegi serta mempunyai laluan masuk yang berasingan. 

 

(C)Hakcipta Terpelihara, Majlis Perbandaran Seberang Perai 2003.