|
1. Bagaimana
cukai taksiran ditentukan?
Cukai taksiran dikira berdasarkan kepada
formula berikut :
CUKAI TAKSIRAN = Nilai Tahunan X Kadar Peratus Contoh
:
| Nilai Tahunan |
RM 2,000.00 |
| Kadar Peratus Tahunan |
10% |
| Cukai
Taksiran ialah RM 2,000.00 x 10% = RM 200.00 setahun |
|
|
2. Apakah
yang dimaksudkan dengan nilai tahunan?
Nilai tahunan
adalah anggaran kasar sewa tahunan. Kadar sewa diasaskan kepada sewaan yang
dibayar oleh penyewa untuk rumah berkenaan atau rumah-rumah sejenis yang
berdekatan.
Nilai tahunan
dikira bersarkan kepada formula berikut : NILAI
TAHUNAN = Anggaran kasar sewa sebulan X 12 bulan Contoh
:
| Anggaran kadar sewa
sebulan RM 300.00 |
| Nilai Tahunan ialah RM 300.00 X 12
bulan = RM 3,600.00 |
|
|
3. Bagaimana
kadar peratus ditentukan?
Kadar peratus
ditentukan oleh MPSP mengikut keperluan kewangan dalam Anggaran Bajet Majlis
bagi menampung perbelanjaan pentadbiran, perkhidmatan dan pembangunan ke
arah menjadikan Seberang Perai sebuah tempat yang bersih indah dan selesa
untuk didiami, berkeja dan kompetetif untuk pelaburan.
|
|
4. Bagaimana
Nilai Tahunan ditentukan bagi rumah yang diduduki sendiri oleh pemilik dan
bukan untuk disewa?
Rumah yang
diduduki sendiri, rumah yang boleh disewakan tetapi ditinggakan kosong dan
rumah yang disewakan, kesemuanya mempunyai "Nilai Sewa". Oleh itu,
untuk menentukan Nilai Tahunan bagi sesebuah rumah, maka rumah tersebut akan
diandaikan sebagai "kosong dan untuk disewa" dan anggaran sewa
bulanan diasaskan pada sewaan yang dibayar untuk rumah-rumah sejenis yang
berdekatan.
|
|
5. Apa
it notis cukai taksiran dan tujuannya dikenakan? Mengikut
Seksyen 141(3) dan Seksyen 144(2), Notis Cukai Taksiran merupakan satu notis
pemberitahuan kepada pemilik-pemilik hartabenda mengenai cadangan Nilai
Tahunan yang ditentukan ke atas hartabenda mereka. Di samping itu ianya
bertujuan untuk memaklumkan kepada pemilik-pemilik hartabenda atau
penghuninya mengenai Cukai Taksiran yang akan dikenakan.
|
|
6. Bolehkah
dibuat bantahan terhadap nilai tahunan yang ditentukan ke atas hartabenda? Jika
sekiranya mana-mana pemilik hartabenda tidak berpuashati dengan cadangan
Nilai Tahunan di dalam Notis Cukai Taksiran, mereka bolehlah membuat
bantahan melalui surat yang dialamatkan kepada MPSP atau melalui emel: pen@mpsp.gov.my
.
|
|
7. Adakah
pemilik yang membuat bantahan diberi peluang hadir ke mesyuarat bantahan? Setiap
pemilik yang membuat bantahan akan diberi peluang untuk hadir di hadapan
Jawatankuasa Rayuan Cukai dalam mesyuarat Rayuan Cukai bagi mengemukakan
alasan-alasan bantahan.
|
|
8. Bolehkah
pemilik yang membuat bantahan mewakilkan orang lain untuk hadir bagi
pihaknya di hadapan jawatankuasa rayuan cukai?
Jika seseorang
pemilik yang telah membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tidak dapat hadir
di hadapan jawatankuasa rayuan cukai pada tarikh dan masa yang telah
ditetapkan, pemilik tersebut bolehlah mewakilkan orang lain atau pihak lain
untuk hadir bagi pihak dirinya dengan syarat wakilnya hendaklah mengemukakan
'Surat Kuasa' yang ditandatangani oleh pemilik yang membuat bantahan.
|
|
9. Bagaimanakan
keputusan jawatankuasa rayuan cukai atas setiap bantahan dimaklumkan kepada
pemilik hartabenda?
Keputusan
jawatankuasa rayuan cukai mengenai bantahan ke atas nilai tahunan baru akan
dimaklumkan kepada semua pemilik hartabenda yang berkadar melalui surat.
|
|
10. Adakah
pemilik masih boleh membuat rayuan setelah jawatankuasa rayuan cukai membuat
keputusan? Jika
seseorang yang telah membuat suatu bantahan mengikut kaedah yang ditetapkan
dan masih tidak berpuashati dengan keputusan jawatankuasa rayuan cukai itu,
maka beliau bolehlah merayu kepada Mahkamah Tinggi secara usul permulaan
dengan syarat hendaklah dibayar kepada MPSP jumlah cukai taksiran seperti
mana yang telah diputuskan.
|
|
11. Bilakah
bayaran cukai taksiran boleh dijelaskan? Sungguhpun
seseorang pemilik hartabenda itu telah menerima notis cukai taksiran,
bayaran cukai taksiran tidak perlu dibuat sehinggalah menerima bil cukai
taksiran. Bil
cukai taksiran tersebut akan dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan, MPSP.
|