|
Sila
ambil perhatian mulai 2 Mei 2003, untuk sebarang tempahan kompleks sukan / dewan MPSP
seperti Gelanggang Badminton, Tenis, Bola Jaring, Bolasepak,
Boling Padang dan Hoki kecuali Stadium Negeri Batu Kawan, sila beurusan di
kaunter berpusat di bangunan ibu pejabat.
Bagaimanapun,
untuk tempahan kompleks sukan bagi mengadakan Karnival/Kejohanan,
Aktiviti Sosial atau lain-lain dan tempahan Dewan Dato' Haji
Ahmad Badawi yang melibatkan penggunaan dewan serta peralatan,
sila berurusan terus dengan Jabatan Kemasyarakatan di
talian 5497488.
Sila
ambil perhatian, tuan
/ puan perlu mengembalikan resit bayaran kepada bahagian
tempahan (kaunter berpusat atau Jabatan Kemasyarakatan) untuk pengesahan atas tempahan yang telah dibuat.
Sekian, terima
kasih.
|
|
Berkuatkuasa
1 Jun 2006, kadar sewaan bagi kompleks sukan, dewan dan
stadium adalah seperti di bawah. Bayaran cagaran yang
dikenakan adalah seperti berikut:-
Cagaran
akan dikenakan bagi sewaan slot harian (bagi tempoh 8 jam)
atau sewaan sepenuh hari, dan bagi slot jam (sekiranya ia
digunakan untuk mengadakan pertandingan) bayaran cagaran yang
perlu dibayar oleh penyewa adalah seperti berikut :
- Bagi sewaan TEMPAT
(bahagian/kawasan/tapak) yang berjumlah RM 1000.00 dan ke
bawah, bayaran cagaran adalah separuh (50%) daripada sewa
yang dikenakan.
- Bagi sewaan TEMPAT
(bahagian/kawasan/tapak) yang berjumlah RM 1000.00 - RM
5000.00, bayaran cagaran adalah RM 1000.00.
- Bagi sewaan TEMPAT
(bahagian/kawasan/tapak) yang berjumlah melebihi RM
5000.00, bayaran cagaran adalah RM 3000.00
1. Bayaran separuh harga / konsesi diberi terus untuk
:
- Aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh agensi kerajaan/badan berkanun.
- Institusi
pengajian/pendidikan kerajaan, persatuan / pertubuhan
Sukan yang berdaftar.
- Ahli Parlimen, Wakil
Rakyat, Ahli Majlis MPSP, Persatuan / Kelab serta
jabatan-jabatan MPSP.
2. Pengecualian
bayaran diberi terus untuk :
- Aktiviti sukan yang
dijalankan oleh Kelab di bawah pengurusan Jabatan
Kemasyarakatan serta Persatuan Kebajikan, Sukan dan Sosial
MPSP (PESUKA).
- Program kursus/ seminar /
bengkel / mesyuarat / latihan yang diadakan oleh Jabatan /
Persatuan / Kelab MPSP.
Kemudahan bagi nombor 1
dan 2 adalah untuk aktiviti yang tidak berasaskan
keuntungan dan kemudahan ini tidak termasuk tempahan bagi
tujuan / kegunaan peribadi.
|