
PERLESENAN
AM
Permohonan Lesen Penjaja
Syarat Permohonan
- Warga negara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Menyediakan kenderaan jaja setara
- Berniaga ditempat yang dibenarkan
- Mengemukakan tiga keping gambar berukuran pasport
Cara Memohon
- Isikan borang UPPK/01 dengan lengkap, serahkan di unit
penjaja dan peniaga kecil di cawangan berhampiran
- Anda akan ditemuduga. Selepas itu, surat akuan diserahkan.
- Anda akan terima syarat pelesenan dalam masa tujuh hari dan
hendaklah ditunaikan dalam tempoh 14 hari.
- Pegawai Majlis akan menyiasat dan memastikan syarat-syarat
pelesenan ditunaikan.
- Bil lesen dikeluarkan dalam masa 1 bulan.
- Selepas pembayaran bil lesen dijelaskan anda boleh memulakan
perniagaan.
Caj Bayaran Lesen
- Penjaja Beredar
- RM 60.00 setahun, tamat tempoh pada 31 hb Disember tahun lesen dikeluarkan.
- Penjaja Statik
-Untuk gerai sehingga 2.0 meter persegi @ RM 30.00 setahun.
-Bagi setiap tambahan 1 meter persegi atau sebahagian darinya @ RM 15.00 setahun.
- Petak Peraga Di Dinding
- RM 5.00 setahun, tamat tempoh pada 31 hb Disember tahun lesen dikeluarkan
- Penjaja Sementara
-RM 15.00 sebulan satu petak; atau
-50 sen sehari atau semalam satu petak mengikut mana yang berkenaan.
|
Kawasan
Larangan
Perniagaan tidak dibenarkan
dijalankan di tempat-tempat berikut:
-
Mana-mana jalan atau
sebahagian sesuatu jalan dalam lengkongan lima (50)
meter dari sesuatu jalan masuk atau jalan keluar kawsan
sekitar mana-mana sekolah, hospital, pasar awam, bangunan-bangunan
pejabat Majlis Perbandaran atau Kerajaan, tempat-tempat
awam atau kawasan perniagaan yang diuntukkan bagi
penjaja-penjaja statik.
- Semua tempat letak kereta
awam.
- Semua perhentian bas,
stesen bas dan tempat teksi.
Semua bahagian jalan-jalan
awam yang berikut:-
- Jalan
Bagan Luar, Butterworth
- Jalan
Pantai, Butterworth
- Jalan
Pier, Buterworth
- Jalan
Kampong Gajah, Butterworth
- Jalan
Kampong Paya, Butterworth
- Jalan
Bagan Jermal, Butterworth
- Jalan
Bagan Ajam, Butterworth (dari persimpangannya dengan
Jalan Tamby Kecil sehingga persimpangannya dengan
Jalan Paku Lima).
- Jalan
New Ferry, Butterworth
- Jalan
Chain Ferry, Butterwoth
- Kawasan
Perindustrian Mak Mandin
- Jalan
Pasar, Bukit Mertajam
- Jalan
Danby, Bukit Mertajam
- Jalan
Station, Bukit Mertajam
- Jalan
Datuk Ooh Chooi Cheng, Bukit Mertajam
- Jalan
Arumugam Pilai, Bukit Mertajam
- Jalan
Bunga Raya, Bukit Mertajam
- Jalan
Muthupalaniappa, Bukit Mertajam
- Jalan
Sungai Rambai, Bukit Mertajam
- Jalan
Baru, Perai
- Kawasan
Perindustrian Perai
- Jalan-jalan
yang ditentukan oleh Tuan Yang Dipertua dari masa
ke semasa
|
Penalti Ke atas
Kesalahan
Seseorang yang bertindak
sebagai penjaja tanpa lesen atau seorang yang setelah
diberi lesen oleh majlis, bertindak berlawanan dengan
mana-mana peruntukan Undang-Undang Kecil Penjaja (MPSP)
1991, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila
disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada RM
1000.00.
Sila Hubungi
Jabatan
Pelesenan, MPSP
Unit Penjaja dan Peniaga
Kecil,
Kaunter Berpusat,Butterworth.
Unit Penjaja dan Peniaga
Kecil,
Kawasan Tengah,
Jalan Tan Sai Gin,
14200 Bukit Mertajam.
No Tel: 5303032
Unit Penjaja dan Peniaga
Kecil.
Cawangan Selatan,
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Jawi,
14200 Jawi, Nibong Tebal.
No Tel: 5825151
|