PROSES
PELAN PERANCANG
- Kebenaran Merancang
- Syarat Permohonan
- Bayaran Permohonan
- Prosedur Pemprosesan
Kebenaran Merancang
Sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang berkenaan
dengan sesuatu pemajuan hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dan
hendaklah mengikuti bentuk dan mengandungi butir-butir dan disertakan dengan dokumen-
dokumen, pelan-pelan dan bayaran-bayaran yang ditetapkan.
Mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 Seksyen
21(1), Permohonan Kebenaran Merancang Kaedah 3(1) sekiranya tuan tanah/tuan bangunan yang
hendak membuat perkara-perkara berikut, perlu memohon kebenaran merancang:-
- Untuk mendirikan/ membina/ menjalankan sesuatu bangunan
diatas tanah.
- Untuk memecahkan/bahagi sempadan tanah.
- Untuk menyatukan sempadan tanah.
- Untuk membuat perubahan yang matan dalam pengunaan tanah.
- Untuk membuat perubahan yang matan dalam penggunaan
bangunan.
- Untuk menjalankan tambahan/ perubahan keatas sesuatu
bangunan.
kembali ke menu |
Syarat
Permohonan PERKARA PERKARA YANG
DIKEHENDAKI SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG.
Borang A
Jadual Pertama perlu diisi dengan lengkap.
Dokumen
- 2 salinan Bentuk Daftar Sementara/Suratan Hakmilik Sementara
bagi lot lot cadangan. (Jika bukan tuan tanah yang memajukan tanah tersebut, maka Power of
Attorney (P.A) yang didaftarkan oleh Mahkamah Tinggi perlu dikemukakan.)
- 1 salinan Pelan Akui (Certified Plan) yang kemaskini dari
Jabatan Ukur Negeri.
- 2 salinan fotostat resit cukai tanah yang terbaharu.
- Senarai nama pengarah-pengarah syarikat pemaju yang disahkan
oleh peguam.
- 2 salinan Lapuran Cadangan Pemajuan (LCP) bagi kawasan
cadangan disediakan oleh Jururancang bertauliah bagi 1 ekar ke atas atau 4 unit keatas
didalam seksyen bandar.
Pelan
Sebanyak 24 salinan pelan susunatur yang dikemukakan oleh
Konsultan yang
bertauliah (Perancang Bandar) dan mengandungi:-
- Mengikuti pelan ukur keliling dan kontour yang disediakan
oleh Jurukur Berlesen.
- Keadaan sedia ada sekeliling lot dan diatas lot cadangan
perlu ditunjukkan seperti jalanraya, sungai, bangunan dan lain-lain.
- Tandatangan tuan tanah dan tuan bangunan serta saksi.
- Tajuk yang terang dan bersekil yang bersesuaian.
- Pelan Lokasi dan pelan tapak.
- Arah aliran air pemaritan hingga ke tempat pengeluaran air
yang terakhir.
- Petunjuk arah utara.
- Menyediakan ruang kosong selebar 10 inci diatas pelan.
PELAN KONTUR.
3 salinan pelan ukur keliling yang menunjukkan:-
- Kontur.
- Keadaan sediada diatas lot.
- Keadaan sediada di lot bersebelahan.
- Lokasi dan jenis pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter
dan
tumbuh-tumbuhan lain diatasnya.
kembali ke menu |