|
Perkhidmatan Kaunter
A. Kaunter Berpusat
MPSP kini menyediakan perkhidmatan kaunter
berpusat. Kaunter ini menempatkan semua perkhidmatan-perkhidmatan yang
dijalankan oleh sembilan jabatan MPSP di satu tempat, supaya ianya mudah
dikunjungi oleh para pelanggan. Kaunter Berpusat beroperasi di Tingkat Bawah,
Bangunan MPSP. Ianya dibuka pada hari-hari bekerja seperti berikut:
|
Hari |
Jam |
|
Isnin
- Jumaat |
7.30 pagi - 5.30 petang |
|
|
|
Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang
disediakan adalah:
- Aduan.
- Khidmat nasihat mengenai perkhidmatan Majlis.
- Jualan Borang Tender, Sebutharga dan
Perjawatan.
- Permohonan Lesen-lesen.
- Permohonan Permit Pelupusan.
- Permohonan Gerai dan Petak Perniagaan.
- Permohonan Nombor Patil
B. Pusat Setempat (OSC)
Pusat Setempat di wujudkan bagi memudahkan
proses Kebenaran Merancang dan Kelulusan Pelan Bangunan serta Sijil Kelayakan
Menduduki untuk meransang pertumbuhan ekonomi melalui 'Goverment Dilivery
System' yang cekap.
Kaunter ini beroperasi di Tingkat Bawah, Bangunan
MPSP berhadapan dengan kaunter pusat. Ianya dibuka pada hari-hari bekerja
seperti berikut:
|
Hari |
Jam |
|
Isnin
- Jumaat |
8.00
pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 5.30 petang |
|
|
|
Antara perkhidmatan yang disediakan di kaunter
setempat ini ialah :-
- Menyelaras, mengawal dan memantau proses
permohonan Pelan Bangunan, Sijil Kelayakan Menduduki (SKM) dan Permohonan
Kebenaran Merancang dari pemohon kepada PBT dan Agensi Teknikal.
- Melapor status permohonan Pelan Bangunan dan
Permohonan Kebenaran Merancang ke KPKT dan Kerajaan.
- Membuat anilisis masalah permohonan tersebut
dan memberi cadangan penambahbaikan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :- 04-5497702
(Tel)
C.
Kaunter Bayaran
Kaunter bayaran MPSP berlokasi di Tingkat Bawah,
Bangunan MPSP iaitu di bawah Kaunter Berpusat. Selain dari itu, perkhidmatan
kaunter bayaran secara pandu bayar atau 'drive-in' juga disediakan.
Kaunter bayaran secara amnya beroperasi pada
hari bekerja seperti berikut:
|
Hari |
Jam |
|
Isnin
- Jumaat |
7.30 pagi - 5.30 petang |
Bandar Perda: 04 5497697
Butterworth: 04 3105571
Nibong Tebal: 04 5831620 / 5824355
Perkhidmatan yang disediakan dikaunter bayaran
adalah:
- Semua bil-bil MPSP
- Bil elektrik, Tenaga Nasional Berhad
- Bil perkhidmatan, Perbadanan Pembangunan Pulau
Pinang Berhad
- Bil air, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
- Jualan Kupon Meletak Kereta kepada agen-agen
- Bil-bil cukai Majlis Perbandaran Pulau
Pinang (MPPP)
|