| Soalan-soalan lazim berkaitan
cukai kadaran
1.
Apa yang dimaksudkan dengan
cukai kadaran?
Cukai Kadaran ialah cukai yang
dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran
Seberang Perai seperti rumah kediaman, harta perniagaan (kedai, komplek, hotel
dsbnya), harta perindustrian (kilang, perlabuhan dsbnya) dan tanah (kosong tanpa
bangunan, pertanian, tanah yang diberi kelulusan untuk tatasusunan).
2. Bolehkah cukai kadaran diberi
pelepasan?
Cukai kadaran boleh diberi
pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan atau dimusnahkan dengan sebab-sebab
kebakaran, angin ribut atau sebab-sebab lain.
3.
Mengapa cukai kadaran dikenakan
ke atas tanah oleh MPSP sedangkan ianya telah dikenakan cukai hasil oleh Pejabat
Tanah?
Cukai tanah yang dikenakan ke atas
setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik
yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara
1966; sedangkan Cukai Kadaran yang dikenakan oleh MPSP adalah mengikut
peruntukan di bawah Akata Kerajaan Tempatan 1976.
4.
Adakah konsesi diberi jika
sesebuah rumah tersebut diduduki oleh pemunyanya sendiri?
Tidak. Tidak ada sebarang
peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang membolehkan MPSP memberi
konsesi atas bayaran cukai kadaran bagi rumah yang diduduki sendiri.
5.
Adakah cukai kadaran dikenakan
bagi bangunan yang tidak diduduki atau kosong?
Ya, cukai kadaran tetap dikenakan
walaupun sesebuah bangunan atau rumah itu kosong. Walaubagaimanapun, jika
bangunan tersebut kosong dan untuk disewakan, maka para pemilik bolehlah memohon
agar bayaran cukai kadaran mereka dipulangkan. Proses ini dipanggil pulangan
balik hasil
6.
Bagaimanakah cukai kadaran
ditentukan?
Cukai kadaran ditentukan
berdasarkan formula berikut:
Cukai Kadaran = Nilai Tahunan
X Kadar(%)
7. Bagaimanakah kadar (%)
ditentukan?
Kadar(%) ditentukan berdasarkan keperluan Anggaran
Belanjawan Majlis, atau kos-kos yang ditanggung Majlis.
8.
Bagaimanakah Nilai Tahunan
ditentukan?
Nilai Tahunan adalah anggaran
nilai sewa kasar tahunan, dalam bentuk formula:
Nilai Tahunan
= Anggaran Sewa Kasar Sebulan
X 12 bulan
9.
Bagaimana Nilai Tahunan
ditentukan bagi rumah yang diduduki oleh pemilik sendiri dan bukan untuk disewa?
Rumah yang diduduki sendiri, rumah
yang boleh disewakan tetapi ditinggalkan kosong dan rumah yang disewakan,
kesemuanya mempunyai "Nilai Sewa". Oleh itu, untuk menentukan Nilai
Tahunan bagi sesebuah rumah, maka rumah tersebut akan diandaikan "kosong
dan untuk disewakan" dan anggaran sewa sebulan didasarkan pada sewaan yang
dibayar untuk rumah-rumah sejenis yang berdekatan.
10.
Apa yang dimaksudkan dengan
Notis Kadaran?
Notis Kadaran adalah notis
pemberitahuan kepada pemilik-pemilik mengenai cadangan nilai tahunan yang ditentukan ke atas pegangan mereka. Dengan maksud lain,
ia adalah satu makluman mengenai jumlah cukai kadaran yang akan dikenakan.
11.
Bolehkah pemilik membuat
bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut?
Pemilik boleh membuat bantahan ke
atas Nilai Tahunan tersebut dengan menghantar surat kepada Majlis. Setiap pemilik yang
membuat bantahan akan diberi peluang untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Cukai
bagi mengemukakan alasan-alasan kepada bantahannya.
12.
Bolehkah pemilik yang membuat
bantahan mewakilkan orang lain untuk hadir bagi pihaknya di hadapan Jawatankuasa
Rayuan Cukai?
Jika pemilik yang telah membuat
bantahan ke atas Nilai Tahunan tidak dapat hadir di hadapan Jawatankuasa Rayuan
Cukai, maka pemilik bolehlah mewakilkan orang lain untuk menghadirkan diri bagi
pihaknya dengan syarat wakil tersebut mengemukakan 'Surat Kuasa' yang
ditandatangani oleh pemilik yang membuat bantahan.
13.
Bagaimanakah keputusan
Jawatankuasa Rayuan Cukai diberitahu kepada para pemilik?
Keputusan Jawatankuasa Rayuan
Cukai akan dimaklumkan kepada para pemilik secara bersurat.
14.
Adakah pemilik masih boleh
membuat rayuan setelah Jawatankuasa Rayuan Cukai membuat keputusannya?
Boleh, para pemilik perlulah
merayu kepada Mahkamah Tinggi dengan cara usul permulaan dengan syarat bayaran
cukai yang telah ditetapkan dibayar kepada MPSP terlebih dahulu.
15. Bilakah bil-bil cukai kadaran
akan dikeluarkan?
Bil-bil akan dihantar sebanyak dua kali
setahun, iaitu dalam bulan Januari dan Julai.
16. Bilakah tempoh bayaran bagi
bil-bil cukai kadaran?
Tempoh bayaran bagi bil-bil cukai
kadaran adalah seperti berikut:
|
Setengah
Tahun |
Tempoh
Pembayaran |
|
Pertama |
1hb
Januari sehingga 28hb. Februari |
|
Kedua |
1hb
Julai sehingga 31hb. Ogos |
17.
Dimanakah bil-bil cukai kadaran
boleh dibayar?
Para pelanggan bolehlah membuat
bayaran dilokasi-lokasi berikut:
| |
Lokasi |
Cara
Bayaran |
| |
Kaunter
Bayaran MPSP:
|
|
|
1
|
Ibu
pejabat MPSP, Jalan Perda Utama
Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
Tel: 04 5497555
|
- Tunai
- Cek
- Bank Draf
- Kad Kredit - Visa & Mastercard
- Money Order
- Postal Order
|
| 2 |
Pejabat
MPSP Cawangan Butterworth, Jalan Datuk Haji Ahmad Said,
12000 Butterworth
Tel: 04 310 5571 |
| 3 |
Kaunter
Bhg. Hasil MPSP, Cawangan Sg. Jawi, Tingkat Bawah, Komplek Pejabat
Kerajaan, 14200 Sungai Jawi
Tel: 04 582 4355
|
| |
Bayaran on-line di
laman web MPSP dengan kad kredit ( Visa/ Master) @MEPS FPX |
|
| |
Terbuka untuk pelanggan MPSP yang mempunyai kad kredit. |
|
| |
Bayaran on-line di
laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kad kredit (Visa / Master) @
MEPS FPX |
|
| |
Terbuka untuk pelanggan MPSP yang mempunyai kad kredit. |
|
| |
Kaunter Majlis
Perbandaran Pulau Pinang |
|
|
1. |
MPPP Tingkat 3 Komtar Pulau Pinang. |
|
|
2. |
Cawangan MPPP, Kompleks Pasar Awam, Balik Pulau, Jalan Tun Sardon, Daerah
Barat Daya, 1000 Balik Pulau. |
|
3. |
3.Cawangan MPPP, Jalan Tun Dr. Awang, 11900 Relau Pulau Pinang. |
| |
Kaunter
Bayaran Telekom Malaysia Berhad
|
|
| 1 |
No.
4819, Jalan Pantai, Taman Selat, 12000 Butterworth.
Tel: 04 380 9308
|
|
| 2 |
Jalan
Arumugam Pillai, 14000 Bukit Mertajam
Tel: 04 539 1990
|
| 3 |
No.
1, Jalan Besar, Taman Jelatik, 14200 Nibong Tebal
Tel: 04 582 4444
|
| |
Kaunter
Bayaran Tenaga Nasional Berhad
|
|
| 1 |
Jalan
Pantai, Beg Berkunci 202, 12990 Butterworth
Tel: 04 331 2020
|
|
| 2 |
No.
1899 - 1902, Taman Sri Mangga, Jalan Bukit Minyak, 14000 Bukit Mertajam
Tel: 04 530 3020
|
| 3 |
No
3364/65, Jalan Nuri, 14300 Nibong Tebal
Tel: 04 593 1606
|
| 4 |
No.
1, Jalan Perda Barat, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam
Tel: 04 530 3020
|
| |
Kaunter
Bayaran Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang |
|
| 1 |
Tingkat
33, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang
Tel: 04 261 4249
|
|
| 2 |
77,
Taman Selat, Jln Bagan Luar, 12000 Butterworth
Tel: 04 323 1587
|
| 3 |
2487,
Jln Kulim, 14000 Bukit Mertajam
Tel: 04 539 2898
|
| 4 |
Tingkat
2, Komplek Pejabat Kerajaan, 14200 Sungai Jawi
Tel: 04 582 4463
|
| |
Kaunter
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang Berhad |
|
|
1
|
No.
1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru, 11909 Bayan Lepas
Tel: 04 645 1705
|
|
| |
Kaunter
Pedeco Management Sdn Bhd |
|
| 1 |
Blok 1-3-01 & 1-3-02,
3rd Floor, Komplek Sri Relau, Persiaran Bukit Jambul 1, 11900 Pulau
Pinang
Tel: 04 645 1205 / 712 /
721
|
|
| 2 |
567 / D10, Jln Gerbang
Tuna, 12000 Seberang Jaya
Tel: 04 399 3892
|
| |
Kaunter
Pos Malaysia Berhad |
|
|
1. |
Kaunter Pejabat Pos Malaysia
diseluruh Pulau Pinang dan Alor Setar |
|
|
2. |
Bayaran melalui pos online |
|
| |
Alliance
Bank Malaysia Berhad |
|
| |
Terbuka
untuk semua pelanggan MPSP |
- Kaunter
ABMB di seluruh Malaysia
|
| Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai akaun di ABMB sahaja |
|
| |
AmBank
Group Malaysia Berhad |
|
| |
Terbuka
untuk semua pelanggan MPSP |
- Kaunter
AmBank di seluruh Malaysia
|
| Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai akaun di AmBank Group sahaja |
- Perbankan
Internet di www.ambg.com.my
- Perbankan
melalui telefon AmDirect
- Mesin
ATM AmBank Group
|
| |
Bank
Islam Malaysia Berhad |
|
| |
Terbuka
untuk semua pelanggan MPSP |
- Kaunter
BIMB di seluruh Malaysia
- Mesin
ATM BIMB
- Terminal
deposit cek BIMB
- Mesin
deposit tunai BIMB
|
| Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai akaun di BIMB sahaja |
- Arahan Auto Debit
- Mesin ATM BIMB
|
| |
Bumiputra
Commerce Berhad |
|
| |
Terbuka
untuk semua pelanggan MPSP |
- Kaunter
BCB di seluruh Malaysia
|
| Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai akaun di BCB sahaja |
|
| |
Citibank
Malaysia Berhad |
|
| |
Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai kad kredit |
|
| |
HSBC
Bank Malaysia Berhad |
|
| |
Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai akaun di HSBC sahaja |
|
| |
Maybank
Berhad |
|
|
|
Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai akaun di Kumpulan Maybank Berhad
sahaja |
- Perbankan Melalui Internet - maybank2u.com
- Phonebanking - Perbankan Melalui
Telefon
|
| |
Mbf
Cards Sdn Bhd |
|
| |
Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai kad kredit |
- Perbankan
Internet (Click N’ Pay) di www.mbfcards.com
- Perbankan
melalui telefon (Call N’ Pay) ke ‘call centers’ MbF Cards
- Perbankan
melalui telefon mudah alih (Wap N’ Pay) ke www.mbfcards.com
- Arahan
Auto Debit
|
| |
RHB
Bank |
|
| |
Terbuka
untuk pelanggan MPSP yang mempunyai akaun di RHB Bank sahaja |
|
| |
EON Bank |
|
|
1. |
Terbuka untuk semua pelanggan
MPSP |
- Kaunter Eon Bank di seluruh Malaysia
|
|
2. |
Terbuka untuk pelanggan MPSP yang mempunyai akaun eon
bank sahaja. |
- Perbankan internet di www.eonbank.com.my
|
| |
Bank Simpanan Nasional
|
|
| |
Terbuka untuk semua pelanggan MPSP |
- Kaunter BSN di seluruh Malaysia
|
| |
Bank Rakyat |
|
| |
Terbuka untuk semua pelanggan
MPSP |
- Kaunter Bank Rakyat di seluruh Malaysia
|
| |
Terbuka untuk pelanggan MPSP yang mempunyai akaun Bank
Rakyat sahaja. |
- Perbankan internet di www.bankrakyat.com.my
|
| |
United Overseas Bank |
|
| |
Terbuka untuk pelanggan MPSP yang mempunyai kad kredit Visa / Master Card |
- Perbankan internet di www.payonline.com.my
|
18.
Apakah akan terjadi jika tidak
membayar atau lewat membayar cukai kadaran?
Jika anda membayar selepas tempoh
yang telah ditetapkan, iaitu selepas 28 atau 29 Februari dan 31 Ogos, Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki
menjelaskan semua tunggakan dalam masa 15 hari daripada tarikh notis dan
denda seperti berikut akan dikenakan:
|
Jumlah Terhutang |
Denda
yang dikenakan |
|
RM100 dan ke bawah |
RM1.00 |
|
Lebih daripada RM100 |
2%
daripada jumlah tunggakan |
Jika anda masih lagi belum membuat
bayaran selepas menerima Notis (Borang E), waran tahanan akan dikeluarkan kepada
anda dan kos waran sebanyak 20% atas jumlah tunggakan
cukai akan dikenakan. Waran ini membolehkan pegawai MPSP yang diberi
kuasa:
19.
Jika pemilik masih belum
membayar tunggakan cukai kadaran, adakah Majlis boleh menahan permohonan pemilik
untuk hal-hal lain yang berkaitan?
Ya, Majlis boleh menahan proses
permohonan pemilik yang mempunyai tunggakan dari memperolehi kelulusan
berikut:
-
Kelulusan lesen perniagaan di pegangan
tersebut
-
Kelulusan pelan susunatur.
-
Kelulusan pelan bangunan.
-
Kelulusan sijil kelayakan menduduki bangunan
(OC)
20.
Adakah
bayaran perlu dibuat jika rumah tersebut tidak didiami?
Ya,
premis yang kosong atau belum diduduki lagi tidak layak untuk pengecualian,
pembatalan atau pengurangan cukai kadaran. Cukai kadaran adalah perlu dibayar
tidak kira sama ada rumah itu diduduki atau kosong. Akan
tetapi premis yang kosong dan sesuai diduduki layak untuk memohon pulangan balik
hasil.
21.
Apakah
syarat-syarat permohonan pulangan balik hasil premis kosong?
Bagi
memohon pulangan balik hasil, pemilik mestilah membuat pemberitahuan dengan
menghantar surat kepada Jabatan Penilaian, MPSP dalam masa tujuh (7) hari dari
mulanya tempoh pulangan balik hasil itu dituntut. Cukai kadaran boleh
dipulangkan bagi tempoh rumah anda itu dikosongkan tertakluk kepada syarat-syarat
yang dikehendaki oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 seperti berikut:
-
Bangunan
adalah TIDAK DIDUDUKI/KOSONG dan UNTUK DISEWA
-
Telah
memberi notis bertulis kepada Majlis mengenai kekosongan (Borang permohonan
(BP. 9) hendaklah diisi dan dikembalikan).
-
Tempoh
yang tidak diduduki hendaklah tidak kurang dari satu bulan kalendar
-
Segala
usaha yang munasabah untuk mendapatkan seorang penyewa ('tenant') telah dibuat melalui
iklan dalam surat khabar atau paparkan papan kenyataan 'UNTUK DISEWA'
hendaklah diletakkan dihadapan premis
-
Cukai
kadaran hendaklah dijelaskan termasuk semua tunggakan dalam tempoh pulangan
balik hasil dituntut
22.
Apakah
tindakan yang perlu diambil jika terdapat tukar milik, mewarisi, mewariskan,
membeli, atau menjual harta?
-
Semak
dengan MPSP bagi memastikan tiada tunggakan cukai kadaran pegangan
tersebut. Atau, semakan boleh dibuat oleh peguam atau agen pengurusan yang menguruskan
harta tersebut.
-
Memaklumkan kepada MPSP dengan mengisi Borang I
atau Borang J (Notis Jualan atau Pindah
milik
[Sek 160, AKT 1976] dengan disertakan maklumat-maklumat berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik
disempurnakan.
Jika anda gagal, pihak MPSP boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut
Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Segala kos guaman akan dituntut oleh peguam dari pemilik harta.
23.
Apakah
tindakan yang perlu diambil jika premis yang roboh, buruk, terbakar, terbiar
atau tidak sesuai didiami?
24.
Bolehkah
Cukai Kadaran diberi pengecualian? Mengikut
Seksyen 134 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Cukai Kadaran boleh dikecualikan apabila
sesuatu pegangan atau mana-mana bahagiannya digunakan semata-mata:
-
Sebagai
tempat awam untuk sembahyang
-
Sebagai
tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen
-
Bagi
sekolah awam
-
Sebagai
tempat awam bagi maksud khairat atau maksud sains, sastera atau seni halus.
|