HOME | ISO | EMAIL | PROFIL | PERKHIDMATAN | REKREASI | BULETIN | SOALAN LAZIM | SOAL SELIDIK

 

SYARAT PENGELUARAN LESEN PERNIAGAAN AM

Syarat Pentadbiran Dan Kesihatan
   Lesen hendaklah dipamirkan pada setiap masa di tempat kerja
   Lesen tidak boleh ditukar milik
   Kebersihan premis hendaklah dijaga setiap masa
Struktur Fizikal
   Premis hendaklah dicat semula di luar dan di dalam
Halangan
   Dilarang sama sekali meletak barangan jualan atau benda-benda lain di kakilima
   Dilarang membuat sebarang halangan dijalan susur / lorong belakang dan di tepi jalan
   Halangan atau rintangan di pintu masuk / keluar tidak dibenarkan
   Kerja-kerja hendaklah dijalankan di dalam premis sahaja dan tidak dibenarkan dilakukan diluar premis
Kemudahan ' First Aid ' (Bantuan Kecemasan)
   Sediakan sebuah peti ubat rawatan kecemasan dan hendaklah selalu dilengkapkan dengan ubat-ubat
Kemudahan Sanitari
   Sediakan tandas dan bilik air yang sempurna dan kebersihan perlu dijaga setiap masa

 

PENGELUARAN LESEN PERNIAGAAN PREMIS MAKANAN

Syarat Jabatan Bomba
   Mengadakan ( ) unit 9kg Alat Pamadam Api jenis serbuk kering ABC
   Alat Pemadam Api tuan hendaklah dihantar ke Jabatan Bomba tiap-tiap tahun untuk diuji
   Semua alat pemadam api hendaklah digantung pada dinding satu (1) meter dari paras lantai dekat jalan-jalan keluar supaya mudah dilihat dan senang dicapai
   Semua jalan-jalan hendaklah bebas dari sebarang halangan dan rintangan
Syarat Jabatan Kesihatan
   Sediakan urinal bagi tandas dan kebersihannya hendaklah diawasi sepanjang masa
  Sediakan tempat membasuh (washing basin) dan bersama-sama bahan pencuci (sabun)
  Premis hendaklah dicat semula diluar dan di dalam
  Sediakan bekalan air paip yang bersih.
  Mengadakan permukaan licin dan kalis air seperti tile atau lain-lain bahan yang boleh diterima disekeliling dinding bangunan dari ruang hadapan sehingga ke dapur sekurang-kurangnya 5 kaki tinggi.
  Kebersihan premis / tempat makanan dan kawasan sekeliling hendaklah dijaga setiap masa.
  Air basuhan hendaklah disambung terus ke sistem pembentungan
  Sediakan grease trap
  Sediakan pemaritan yang sebenar perlu disediakan dan dijaga kebersihannya.
  Semua sampah sarap dan sisa-sisa makanan mesti dimasukkan ke dalam karung plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
  Lantai dan dinding premis perlu di mop dan dicuci selalu.
  Sediakan tong sampah yang sesuai dan bertudung.
  Semua pengendali makanan hendaklah memakai tudong kepala dan apron.
  Semua pengendali makanan mesti mendaftar untuk hadir kursus Asas Pengendali Makanan.
  Pastikan amalan kebersihan diri diikuti sepanjang masa.
  Pastikan pemohon dan pengendali makanan yang lain berkuku pendek serta tidak mengidap penyakit berjangkit seperti cirit birit dan penyakit kulit.
  Semua barang-barang yang tidak digunakan ditegah dilonggok di merata-rata tempat dan hendaklah disusun dengan teratur atau buang.
  Semua makanan mentah hendaklah disimpan dalam stor khas dan makanan yang dimasak di simpan dalam peti sejuk supaya dihindari daripada lalat dan lain-lain.
  Pastikan semua makanan ditudung atau di tempat khas supaya tidak tercemar lalat, lipas dll.
  Semua ramuan yang digunakan dalam masakan perlu dilebal dan disimpan dalam bekas khas.
  Semua barang-barang yang tidak boleh dimakan dan beracun hendaklah dilabel dan disimpan di tempat atau bilik khas.
  Dilarang sama sekali meletak barang-barang jualan atau benda-benda lain dikakilima.
  Halangan atau rintangan dipintu masuk / keluar tidak dibenarkan.
  Kerja-kerja hendaklah dijalankan di dalam premis sahaja dan tidak dibenarkan dilakukan di luar premis.
  Dilarang membuat sebarang halangan dijalan susur / lorong belakang dan tepi jalan.
  Dilarang sebarang gangguan / halangan pada kakilima / lorong belakang premis
  Sistem pemaritan yang sempurna perlu disediakan dan dijaga kebersihannya selalu.
  Sediakan peti ubat kecemasan dan hendaklah selalu dilengkapi dengan ubat-ubat.
  Semua permukaan peralatan meja, kerusi dan barang-barang penyediaan bersangkut makanan hendaklah dilapik dari bahan formika, marble atau lain-lain permukaan yang licin.
  Semua perkakas pinggan mangkuk, sudu dan garpu hendaklah berkeadaan baik dan tidak sumbing, pecah atau berkarat.
  Pastikan semua makanan yang dijual adalah berkeadaan baik, tidak rosak atau tercemar.
  Sila gunakan penyepit, sudu dan garpu untuk mengambil makanan, penggunaan tangan adalah tidak digalakkan sama sekali.
  Semua pinggan mangkuk hendaklah dicuci dengan baik dan bersih dengan menggunakan sabun dan dikeringkan dengan kain basah.
  Sediakan pencahayaan dan pengaliran uadara yang mencukupi.
  Dilarang sebarang binatang-binatang belaan seperti kucing, anjing, ayam, itik dan burung berada di dalam premis.
  Dilarang mengadakan sebarang bentuk perjudian di dalam premis.
  Lesen tidak boleh ditukar milik (Not Transferrable).

 

 

(C)Hakcipta Terpelihara, Majlis Perbandaran Seberang Perai 2003.