|
|
 |
|
|
|
|
|
SYARAT
PELESENAN PERNIAGAAN PENJAJA |
|
|
Penjaja
Menjual Makanan Dan Minuman
 |
Dilarang membuat halangan
di sekitar kawasan penjajaan |
Semua makanan mentah disimpan
dalam tempat khas dan yang masak disimpan dengan baik supaya dihindari
daripada lalat dan lain-lain. |
Pastikan makanan yang dijual
adalah berkeadaan baik, tidak rosak atau tercemar. |
Sila gunakan
penyepit, sudu
dan garpu untuk mengambil makanan, penggunaan tangan adalah dilarang
sama sekali. |
Pastikan pemohon dan pengendali
makaanana berkuku pendek serta tidak berpenyakit. |
Pastikan amalan kebersihan
diikuti sepanjang masa |
Semua pinggan mangkuk hendaklah
dicuci dengan baik dan bersih dengan menggunakan pencuci pinggan dan
dikeringkan dengan kain bersih. |
Lesen tidak boleh ditukar
milik. |
|
|
Panjaja
Menjual Barang Am / Runcit
 |
Dilarang membuat halangan
disekitar kawasan penjaja |
Pastikan amalan kebersihan
diri diikuti sepanjang masa |
Lesen tidak boleh ditukar
milik |
|
SYARAT
UNTUK PENGANJUR PASAR MALAM / HARIAN |
Lesen
 |
Penganjur perlu mempunyai
lesen daripada MPSP |
|
|
Masa
Operasi
 |
Penganjur hendaklah memaklumkan
tarikh dan waktu perniagaan |
|
|
Peniaga
 |
Semua penjual atau penjaja
perlu mempunyai lesen dari Majlis dan didaftarkan dengan mengemukakan
gambar, nombor kad pengenalan, alamat, jenis jualan dan maklumat-maklumat
lain yang berkaitan. |
Penganjur hendaklah mengemukakan
senarai seperti yang dikehendaki kepada Majlis selepas sebulan beroperasi
dan mengemukakan senarai baru sekiranya ada apa-apa perubahan |
|
|
Kawasan
Beroperasi
 |
Penganjur hanya dibenarkan
menjalankan aktiviti di dalam kawasan yang dipohon dan dibenarkan oleh Majlis
sahaja. |
Pelan tapak dan petak hendaklah
disediakan oleh penganjur. |
|
|
Bilangan
Peniaga
 |
Penganjur tidak dibenarkan
menambah bilangan peniaga tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu
dari Majlis. |
Bilangan
peniaga mengikut kaum dan jenis perniagaan tertakluk
kepada kandungan di dalam permohonan yang diluluskan
sahaja. |
|
|
Kebersihan
 |
Penganjur mesti menjaga kebersihan
dengan sempurna dan memuaskan setiap masa |
Sediakan tong-tong sampah
atau sampah yang mencukupi |
Sampah-sampah hendaklah dipungut
dan dilupuskan di tempat yang dibenarkan oleh Majlis sahaja. |
|
|
Binaan
 |
Penganjur tidak dibenarkan
mendirikan apa jua bentuk binaan kekal atau sementara melainkan dengan
kebenaran Majlis. |
|
|
Perkakas
/ Kelengkapan
 |
Segala perkakas / kelengkapan
/ kenderaan yang digunakan semasa menjaja hendaklah dialih dan dibersihkan
daripada kawasan itu. |
|
|
Lalulintas
 |
Penganjur bertanggungjawab
mengawal lalulintas supaya tidak mengganggu pegguna-pengguna
jalanraya,
memastikan juga penjaja-panjaja tidak membuat sebarang hlangan, kekotoran
di jalanraya, tepat aawm atau tapak jaja dimana pasar mala / hari
tersebut beroperasi. |
|
|
Jadual
Waktu
 |
Penganjur dikehendaki mencatatkan
hari damasa pasar malam/hari diadakan dipapan kenyataan. |
|
|
Pegawai
Tetap
 |
Penganjur dikehenaki menyediakan
pegawai untuk mengawasi pasar malam/hari secara tetap. |
|
|
Denda
 |
Sekiranya penganjur gagal mematuhi
undang-undang kecil/garis panduan dan syarat-syarat ini, denda sewajarnya
mengikut peruntukan Seksyen 104 Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan
dikuatkuasakan. |
|
|
Penukaran
Lesen
 |
Lesen / permit tidak boleh
dipindahmilik. |
|
|
Penama
Dalam Lesen
 |
Nama pemegang lesen akan
didaftarkan atas nama Pengerusi Badan-Badan Naungan Kerajaan / Pertubuhan-Pertubuhan
Masyarakat. |
|
|
Peraturan
 |
Mengikut dan mematuhi lain-lain
syarat atau arahan yang diberikan oleh Majlis dari masa ke semasa. |
|
|
Pembatalan Atau Pengantungan Lesen
 |
Majlis boleh mengikut budibicaranya
membatalkan sesuatu lesen/permit atau menggantungkannya
untuk sesuatu
tempoh yang tertentu atau merampas wang cagaran dimana pemegang lesen
didapati melakukn kesalahan di bawah undang-undang
kecil/garis panduan/syarat
ini atau kerana
lain-lain sebab yang difikirkan perlu dan berpatutan
oleh Majlis. |
|
|
Bayaran Cagaran Sebanyak RM240.00
 |
Bayaran Lesen Sebanak RM240.00 Sahaja
 |
|
SYARAT
UNTUK PENGANJUR KOMPLEKS MAKANAN |
|
|
Penyewa hendaklah menjalankan
dengan sendiri dan tidak boleh menyewa kedai orang lain. |
Sediakan tong sampah berserta
karung plastik. |
Mencuci
lantai/meja selepas
tamat perniagaan. |
Menjaga kebersihan longkang-longkang
dan kakilima berhampiran. |
Dilarang menyipam barang-barang
yang tidak berguna. |
Dilarang membuat sebarang
tambahan/pindaan. |
Sentiasa mengamalkan sikap
kebersihan dan keindahan. |
Mengambil imunisasi dan
pemeriksaan kesihatan di klinik Majlis |
Berpakaian kemas berserta
apron dan topi. |
Diwajibkan untuk menghadiri
kursus pengendali makanan. |
|
SYARAT
PENGELUARAN LESEN PENJAJA MENJUAL DAGING AYAM, DAGING AYAM DAN DAGING LEMBU /
KAMBING |
Tempat
Menjaja
 |
Ditegah menjaja , menjual
atau mendedah daging di mana-mana jalanraya, kakilima, di tempat-tempat dalam lingkungan 50 ela dari
pagar. |
Penjaja tidak boleh menetap
di satu tempat lebih dari masa yang diperlukan |
Tidak boleh meletak
kenderaan di tempat-tempat menjual selepas menjaja |
Tidak boleh menjaja di
kawasan-kawasan larangan seperti berikut : |
|
a)
Jalan Bunga Raya, Bukit Mertajam |
|
b) Jalan Danby, Bukit Mertajam |
|
c) Jalan Pasar, Bukit Mertajam |
|
d) Jalan
Stesyen, Bukit Mertajam |
|
e) Jalan
Pantai, Butterworth |
|
f) Jalan Bagan
Luar, Butterworth |
|
|
Cara
Menjaja Dan Kesihatan
 |
Pemohon hendaklah sihat dan
tidak mempunyai penyakit berjangkit dan disuntik T.A.B di Pejabat MPSP |
Kenderaan yang digunakan
untuk menjaja hendaklah dicatkan semula sekali setahun dan berada di
dalam keadaan baik dan bersih. |
Semua alat-alat dan
perkakas yang digunakan untuk penyediaan, pengangkutan dan penjualan ayam daging hendaklah dijaga dengan bersih setiap
masa. |
Pemegang lesen dikehendaki
memakai lencana lsesen semasa menjaja, ditegah memindah milik atau
meyewa atau membenarkan orang-orang lain menggunakan lesen atau
lencana. |
|
|
Daging Yang Dijual
 |
Ayam daging yang dijual
hendaklah bersih, sihat seta tidak berpenyakit. |
Langkah-langkah yang sesuai
hendaklah diambil bagi mencegah daging mentah dihinggapi lalat. |
Tidak dibenarkan menjual
lain-lain barang selain daripada barang-barang yang tercatit di dalam
lesennya. |
Sediakan sebuah tong sampah
kecil untuk mengisi benda-benda berketul dan sisa-sisa buangan. Ditegah membuang ke atas jalanraya atau ke dalam
parit. |
Bagi penjaja menjual daging
kambing / lembu, syaratnya ialah daging mesti dibekal dari Rumah Sembelih Berlesen dan hendaklah
bersih, sihat serta tidak berpenyakit. |
|
SYARAT
PENGELUARAN LESEN PENJAJA MENJUAL DAGING KHINZIR |
Tempat
Menjaja
 |
Ditegah menjaja , menjual
atau mendedah daging di mana-mana jalanraya, kakilima, di tempat-tempat dalam lingkungan 50 ela dari pagar
atau dikawasan penduduk orang islam. |
Ditegah
menjaja di kawasan yang terdapat penjaja-penjaja berugama
islam |
Penjaja
tidak boleh menetap untuk menunggu pelanggan di satu
tempat lebih dari masa yang diperlukan |
Tidak boleh menjaja di
kawasan-kawasan larangan seperti berikut : |
|
a)
Jalan Bunga Raya, Bukit Mertajam |
|
b) Jalan Danby, Bukit Mertajam |
|
c) Jalan Pasar, Bukit Mertajam |
|
d) Jalan
Stesyen, Bukit Mertajam |
|
e) Jalan Bagan
Luar, Butterworth |
|
|
Cara
Menjaja Dan Kesihatan
 |
Pemohon hendaklah sihat dan
tidak mempunyai penyakit berjangkit dan disuntik T.A.B di Pejabat MPSP |
Kenderaan yang digunakan
untuk menjaja hendaklah dicatkan semula sekali setahun dan berada di
dalam keadaan baik dan bersih. |
Semua alat-alat dan
perkakas yang digunakan untuk penyediaan, pengangkutan dan penjualan ayam daging hendaklah dijaga dengan bersih setiap
masa. |
Pemegang lesen dikehendaki
memakai lencana lsesen semasa menjaja, ditegah memindah milik atau
meyewa atau membenarkan orang-orang lain menggunakan lesen atau
lencana. |
|
|
Daging Yang Dijual
 |
Daging mesti dibekal dari
Rumah Sembelih Berlesen dan hendaklah bersih, sihat serta tidak
berpenyakit.
|
Sediakan peti atau bekas
yang sempurna dengan bahagian bawahnya diperbuat daripada aluminium
atau yang serupa bagi menyimpan daging mentah/panggang supaya
mengelakkan pendedahan kepada orang ramai. |
Ditegah mendedah gading
secara menggantung di kereta-kereta penjaja. |
Langkah-langkah yang sesuai
hendaklah diambil bagi mencegah daging mentah / panggang dihinggapi
lalat. |
Tidak dibenarkan menjual
lain-lain barang selain daripada barang-barang yang tercatit didalam
lesennya. |
Sediakan sebuah tong sampah
kecil untuk mengisi benda-benda berketul dan sisa-sisa buangan. Ditegah membuang ke atas jalanraya atau ke dalam
parit.
|
|
(C)Hakcipta
Terpelihara, Majlis Perbandaran Seberang Perai 2003. |
 |
|