Sediakan kolam najis
khinzir berisi simen dengan keluasan permukaan .......kaki persegi.
Kolam najis khinzir hendaklah dibahagikan kepada beberapa ruang.
Bersihkan lubang pelimbah
setiap masa..
Ditegah membuang air
cucian dari kandang mengalir ke parit awam tanpa rawatan mengikut piawaian yang
ditetapkan.
Permukaan lantai kandang
khinzir mestilah dibina dengan simen dan dikelilingi parit simen
Tidak sesiapapun
dibenarkan membuang atau menyimpan tahi khinzir dalam lingkungan
1,000 kaki dari mana tempat beribadat atau tanah perkuburan orang
ramai dan 100 kaki dari rumah kediaman.
Tandas tidak dibenarkan
sama sekali didirikan dalam kawaasan kandang khinzir.
Kandang khinzir mestilah
dibersihkan sekurang-kurangnya sekali sehari. Kawasan ladang khinzir hendaklah dijaga dengan bersih setiap
masa..
Bahan makanan khinzir
hendaklah ditudung. Langkah-langkah mencegah lalat hendaklah dijalankan setiap hari
Ditegah membiarkan
ternakan khinzir berkeliaran..
Ditegah membuang
bangkai-bangkai kedalam parit atau sungai..
Kandang khinzir hendaklah
terletak di atas tapak tidak kurang daripada 1,000 kaki dari rumah- rumah kediaman orang Islam, rumah-rumah ibadat dan
kubur.
Kandang khinzir mestilah
berada 50 kaki jauh jaraknya dari rumah-rumah kediaman orang ramai bukan
islam.
Kandang khinzir mestilah
berada kurang daripada 100 kaki jauh jaraknya dari seberang perigi
yang airnya digunakan oleh orang ramai.
SYARAT
PENGELUARAN LESEN TERNAKAN BURUNG
Semua
sangkar hendaklah mempunyai keluasan yang bersesuaian
untuk membolehkan burung-burung berdiri dan
bergerak dengan bebas didalamnya.
Ruang reban hendaklah
mempunyai peredaran uadara yang memuaskan.
Segala sampah
sarap,
habuk sapuan dan lain-lain benda merbahaya atau mengganggu hendaklah dibuang supaya pada setiap masa dalam keadaan bersih dan selamat
dari segi keselamatan.
Semua tahi burung yang
terkumpul di dalm reban hendaklah dipungut dan disimpan di suatu
tempat di dalam kawasan dalam keadaan yan gtidak menggangu dan
menyebabkan sebarang gangguan.
Sediakan tempat untuk
menanam bangkai. Ditegah membuang bangkai ke dalam parit atau sungai.
Jarak ladang dari kawasan
perumahan hendaklah 100 kaki
SYARAT
PENGELUARAN LESEN TERNAKAN ANJING
Pemilik anjing boleh
memohon lesen anjing di pejabat-pejabat Majlis Perbandaran Seberang
Perai, Butterworth, Bukit Mertajam, Sungai Jawi dengan bayaran
sebanyak RM10.00 tiap-tiap patil lesen.
Pemohon dikehendaki
mengemukakan butir-butir seperti nama pemohon, nombor kad pengenalan dan tempat memelihara anjing, warna, jantina serta umur anjing.
Pemohon diberi lencana
selepas bayaran dibuat di Bahagian Hasil/Ibu Pejabat.
Semua anjing yang berumur
lebih kurang dari 3 bulan yang tidak memakai lencana lesen yang sah akan dimusnah sekiranya terdapat berkeliaran diluar premis rumah dan
didenda kompaun jika terdapat di dalam rumah.
Kenel yang didiami oleh
anjing hendaklah diselenggarakan dalam keadaan bersih dengan pengudaraan yang cukup setiap masa.
Tuan punya anjing yang
dilesenkan hendaklah mengambil langkah yang sewajarnya untuk membuang najis yang terdapat dalam premis itu dan didalam halaman.
Anjing tidak boleh
disimpan di atas daripada tingkat bawah sesuatu bangunan.
Tuan punya anjing
hendaklah memastikan bahawa anjing tidak menjadi satu gangguan
dengan menyalak berpanjangan atau sebaliknya kepada jiran.
Sesiapapun tidak
dibenarkan memelihara lebih daripada satu ekor anjing di dalam rumah
pangsa, dua di dalam teres atau rumah link, tiga di dalam rumah
berkembar dan tidak melebihi empat di dalam rumah banglo kecuali
diluluskan oleh Yang Dipertua.
(C)Hakcipta
Terpelihara, Majlis Perbandaran Seberang Perai 2003.