|
MPSP kini menyediakan
perkhidmatan kaunter berpusat. Kaunter ini menempatkan semua
perkhidmatan-perkhidmatan yang dijalankan oleh sembilan jabatan
MPSP di satu tempat, supaya ianya mudah dikunjungi oleh para
pelanggan. Kaunter Berpusat beroperasi di Tingkat Bawah, Bangunan
MPSP. Ianya dibuka pada hari-hari bekerja seperti berikut:
|
Isnin
- Jumaat |
7.30
pagi - 5.30 petang |
|
|
|
Antara perkhidmatan-perkhidmatan
yang disediakan adalah:
- Aduan.
- Khidmat nasihat mengenai
perkhidmatan Majlis.
- Jualan Borang Tender,
Sebutharga dan Perjawatan.
- Permohonan Lesen-lesen.
- Permohonan Permit Pelupusan.
- Permohonan Gerai dan Petak
Perniagaan.
- Permohonan Nombor Patil
Pusat Setempat di wujudkan bagi
memudahkan proses Kebenaran Merancang dan Kelulusan Pelan Bangunan
serta Sijil Kelayakan Menduduki untuk meransang pertumbuhan
ekonomi melalui 'Government Delivery System' yang cekap.
Kaunter ini beroperasi di Tingkat
Bawah, Bangunan MPSP berhadapan dengan kaunter pusat. Ianya dibuka
pada hari-hari bekerja seperti berikut:
|
Isnin
- Jumaat |
8.00
pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 5.30 petang
|
|
|
|
Antara perkhidmatan yang
disediakan di kaunter setempat ini ialah :
- Menyelaras, mengawal dan
memantau proses permohonan Pelan Bangunan, Sijil Kelayakan
Menduduki (SKM) dan Permohonan Kebenaran Merancang dari
pemohon kepada PBT dan Agensi Teknikal.
- Melapor status permohonan
Pelan Bangunan dan Permohonan Kebenaran Merancang ke KPKT dan
Kerajaan.
- Mengenalpasti masalah
permohonan tersebut dan memberi cadangan penyelesaian.
Sebarang pertanyaan sila hubungi
:- 04-5497702 (Tel)
Kaunter bayaran MPSP berlokasi di
Tingkat Bawah, Bangunan MPSP iaitu di bawah Kaunter Berpusat.
Selain dari itu, perkhidmatan kaunter bayaran secara pandu bayar
atau 'drive-in' juga disediakan.
Kaunter bayaran secara amnya
beroperasi pada hari bekerja seperti berikut:
|
Isnin
- Jumaat |
7.30
pagi - 5.30 petang |
Bandar Perda: 04 5497697
Butterworth: 04 3105571
Nibong Tebal: 04 5831620 / 5824355
Perkhidmatan yang disediakan
dikaunter bayaran adalah:
- Semua bil-bil MPSP
- Bil elektrik
- Bil perkhidmatan, Perbadanan
Pembangunan Pulau Pinang Berhad
- Bil air
- Jualan Kupon Meletak Kereta
kepada agen-agen
- Bil-bil cukai Majlis
Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)
|