|
New Page 4
|
|
PERLESENAN
AM |
|
|
|
Permohonan Lesen Penjaja
Syarat Permohonan
- Warga negara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke
atas
- Menyediakan kenderaan
jaja setara
- Berniaga ditempat yang
dibenarkan
- Mengemukakan tiga
keping gambar berukuran pasport
|
| Cara
Memohon |
- Isikan borang UPPK/01
dengan lengkap, serahkan di unit penjaja dan peniaga
kecil di cawangan berhampiran
- Anda akan ditemuduga.
Selepas itu, surat akuan diserahkan.
- Anda akan terima
syarat pelesenan dalam masa tujuh hari dan hendaklah
ditunaikan dalam tempoh 14 hari.
- Pegawai Majlis akan
menyiasat dan memastikan syarat-syarat pelesenan
ditunaikan.
- Bil lesen dikeluarkan
dalam masa 1 bulan.
- Selepas pembayaran bil
lesen dijelaskan anda boleh memulakan perniagaan.
|
| Caj
Bayaran Lesen |
- Penjaja Beredar
- RM 60.00 setahun, tamat tempoh pada 31 hb Disember
tahun lesen dikeluarkan.
- Penjaja Statik
-Untuk gerai sehingga 2.0 meter persegi @ RM 30.00
setahun.
-Bagi setiap tambahan 1 meter persegi atau sebahagian
darinya @ RM 15.00 setahun.
- Petak Peraga Di
Dinding
- RM 5.00 setahun, tamat tempoh pada 31 hb Disember
tahun lesen dikeluarkan
- Penjaja Sementara
-RM 15.00 sebulan satu petak; atau
-50 sen sehari atau semalam satu petak mengikut mana
yang berkenaan.
|
| Kawasan
Larangan |
Perniagaan tidak dibenarkan
dijalankan di tempat-tempat berikut:
- Mana-mana jalan atau
sebahagian sesuatu jalan dalam lengkongan lima (50) meter
dari sesuatu jalan masuk atau jalan keluar kawsan sekitar
mana-mana sekolah, hospital, pasar awam, bangunan-bangunan
pejabat Majlis Perbandaran atau Kerajaan, tempat-tempat
awam atau kawasan perniagaan yang diuntukkan bagi
penjaja-penjaja statik.
- Semua tempat letak kereta
awam.
- Semua perhentian bas,
stesen bas dan tempat teksi.
Semua bahagian jalan-jalan
awam yang berikut:-
- Jalan Bagan Luar,
Butterworth
- Jalan Pantai,
Butterworth
- Jalan Pier, Buterworth
- Jalan Kampong Gajah,
Butterworth
- Jalan Kampong Paya,
Butterworth
- Jalan Bagan Jermal,
Butterworth
- Jalan Bagan Ajam,
Butterworth (dari persimpangannya dengan Jalan Tamby
Kecil sehingga persimpangannya dengan Jalan Paku Lima).
- Jalan New Ferry,
Butterworth
- Jalan Chain Ferry,
Butterwoth
- Kawasan Perindustrian
Mak Mandin
- Jalan Pasar, Bukit
Mertajam
- Jalan Danby, Bukit
Mertajam
- Jalan Station, Bukit
Mertajam
- Jalan Datuk Ooh Chooi
Cheng, Bukit Mertajam
- Jalan Arumugam Pilai,
Bukit Mertajam
- Jalan Bunga Raya, Bukit
Mertajam
- Jalan Muthupalaniappa,
Bukit Mertajam
- Jalan Sungai Rambai,
Bukit Mertajam
- Jalan Baru, Perai
- Kawasan Perindustrian
Perai
- Jalan-jalan yang
ditentukan oleh Tuan Yang Dipertua dari masa ke semasa
|
| Penalti
Ke atas Kesalahan |

|
Seseorang yang bertindak sebagai
penjaja tanpa lesen atau seorang yang setelah diberi lesen
oleh majlis, bertindak berlawanan dengan mana-mana peruntukan
Undang-Undang Kecil Penjaja (MPSP) 1991, adalah melakukan
suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan denda
tidak lebih daripada RM 1000.00.
|
| Sila
Hubungi |
|
Jabatan Pelesenan, MPSP
Unit Penjaja dan Peniaga Kecil,
Kaunter Berpusat,Butterworth.
Unit Penjaja dan Peniaga Kecil,
Kawasan Tengah,
Jalan Tan Sai Gin,
14200 Bukit Mertajam.
No Tel: 5303032
Unit Penjaja dan Peniaga Kecil.
Cawangan Selatan,
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Jawi,
14200 Jawi, Nibong Tebal.
No Tel: 5825151
|
|
|