|
New Page 4
|
| SYARAT
PELESENAN PERNIAGAAN PENJAJA |
Penjaja Menjual Makanan Dan Minuman  |
Dilarang
membuat halangan di sekitar kawasan penjajaan |
Semua
makanan mentah disimpan dalam tempat khas dan yang masak
disimpan dengan baik supaya dihindari daripada lalat dan
lain-lain. |
Pastikan
makanan yang dijual adalah berkeadaan baik, tidak rosak
atau tercemar. |
Sila
gunakan penyepit, sudu dan garpu untuk mengambil makanan,
penggunaan tangan adalah dilarang sama sekali. |
Pastikan
pemohon dan pengendali makaanana berkuku pendek serta
tidak berpenyakit. |
Pastikan
amalan kebersihan diikuti sepanjang masa |
Semua
pinggan mangkuk hendaklah dicuci dengan baik dan bersih
dengan menggunakan pencuci pinggan dan dikeringkan
dengan kain bersih. |
Lesen
tidak boleh ditukar milik. |
|
Panjaja Menjual Barang Am / Runcit  |
Dilarang
membuat halangan disekitar kawasan penjaja |
Pastikan
amalan kebersihan diri diikuti sepanjang masa |
Lesen
tidak boleh ditukar milik |
|
SYARAT
UNTUK PENGANJUR PASAR MALAM / HARIAN
|
| |
Lesen  |
Penganjur
perlu mempunyai lesen daripada MPSP |
|
Masa Operasi  |
Penganjur
hendaklah memaklumkan tarikh dan waktu perniagaan |
|
Peniaga
 |
Semua
penjual atau penjaja perlu mempunyai lesen dari Majlis
dan didaftarkan dengan mengemukakan gambar, nombor kad
pengenalan, alamat, jenis jualan dan maklumat-maklumat
lain yang berkaitan. |
Penganjur
hendaklah mengemukakan senarai seperti yang dikehendaki
kepada Majlis selepas sebulan beroperasi dan
mengemukakan senarai baru sekiranya ada apa-apa
perubahan |
|
Kawasan Beroperasi  |
Penganjur
hanya dibenarkan menjalankan aktiviti di dalam kawasan
yang dipohon dan dibenarkan oleh Majlis sahaja. |
Pelan
tapak dan petak hendaklah disediakan oleh penganjur. |
|
Bilangan Peniaga  |
Penganjur
tidak dibenarkan menambah bilangan peniaga tanpa
mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Majlis. |
Bilangan
peniaga mengikut kaum dan jenis perniagaan tertakluk
kepada kandungan di dalam permohonan yang diluluskan
sahaja. |
|
Kebersihan  |
Penganjur
mesti menjaga kebersihan dengan sempurna dan memuaskan
setiap masa |
Sediakan
tong-tong sampah atau sampah yang mencukupi |
Sampah-sampah
hendaklah dipungut dan dilupuskan di tempat yang
dibenarkan oleh Majlis sahaja. |
|
Binaan  |
Penganjur
tidak dibenarkan mendirikan apa jua bentuk binaan kekal
atau sementara melainkan dengan kebenaran Majlis. |
|
Perkakas / Kelengkapan  |
Segala
perkakas / kelengkapan / kenderaan yang digunakan semasa
menjaja hendaklah dialih dan dibersihkan daripada
kawasan itu. |
|
Lalulintas  |
Penganjur
bertanggungjawab mengawal lalulintas supaya tidak
mengganggu pegguna-pengguna jalanraya, memastikan juga
penjaja-panjaja tidak membuat sebarang hlangan,
kekotoran di jalanraya, tepat aawm atau tapak jaja
dimana pasar mala / hari tersebut beroperasi. |
|
Jadual Waktu  |
Penganjur
dikehendaki mencatatkan hari damasa pasar malam/hari
diadakan dipapan kenyataan. |
|
Pegawai Tetap  |
Penganjur
dikehenaki menyediakan pegawai untuk mengawasi pasar
malam/hari secara tetap. |
|
Denda  |
Sekiranya
penganjur gagal mematuhi undang-undang kecil/garis
panduan dan syarat-syarat ini, denda sewajarnya mengikut
peruntukan Seksyen 104 Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan
dikuatkuasakan. |
|
Penukaran Lesen  |
Lesen
/ permit tidak boleh dipindahmilik. |
|
Penama Dalam Lesen  |
Nama
pemegang lesen akan didaftarkan atas nama Pengerusi
Badan-Badan Naungan Kerajaan / Pertubuhan-Pertubuhan
Masyarakat. |
|
Peraturan  |
Mengikut
dan mematuhi lain-lain syarat atau arahan yang diberikan
oleh Majlis dari masa ke semasa. |
|
Pembatalan Atau Pengantungan Lesen  |
Majlis
boleh mengikut budibicaranya membatalkan sesuatu lesen/permit
atau menggantungkannya
untuk sesuatu tempoh yang
tertentu atau merampas wang cagaran dimana pemegang
lesen
didapati melakukn kesalahan di
bawah undang-undang kecil/garis panduan/syarat ini atau
kerana
lain-lain sebab yang difikirkan
perlu dan berpatutan oleh Majlis. |
|
Bayaran Cagaran Sebanyak RM240.00  |
Bayaran Lesen Sebanyak RM240.00 Sahaja  |
|
SYARAT
UNTUK PENGANJUR KOMPLEKS MAKANAN
|
| |
Penyewa
hendaklah menjalankan dengan sendiri dan tidak boleh
menyewa kedai orang lain. |
Sediakan
tong sampah berserta karung plastik. |
Mencuci
lantai/meja selepas tamat perniagaan. |
Menjaga
kebersihan longkang-longkang dan kakilima berhampiran. |
Dilarang
menyipam barang-barang yang tidak berguna. |
Dilarang
membuat sebarang tambahan/pindaan. |
Sentiasa
mengamalkan sikap kebersihan dan keindahan. |
Mengambil
imunisasi dan pemeriksaan kesihatan di klinik Majlis |
Berpakaian
kemas berserta apron dan topi. |
Diwajibkan
untuk menghadiri kursus pengendali makanan. |
|
SYARAT
PENGELUARAN LESEN PENJAJA MENJUAL DAGING AYAM, DAGING
AYAM DAN DAGING LEMBU / KAMBING
|
Tempat Menjaja  |
Ditegah
menjaja , menjual atau mendedah daging di mana-mana
jalanraya, kakilima, di tempat-tempat dalam lingkungan
50 ela dari pagar. |
Penjaja
tidak boleh menetap di satu tempat lebih dari masa yang
diperlukan |
Tidak
boleh meletak kenderaan di tempat-tempat menjual selepas
menjaja |
Tidak
boleh menjaja di kawasan-kawasan larangan seperti
berikut : |
| a)
Jalan Bunga Raya, Bukit Mertajam |
|
b) Jalan Danby, Bukit Mertajam |
|
c) Jalan Pasar, Bukit Mertajam |
| d)
Jalan Stesyen, Bukit Mertajam |
| e)
Jalan Pantai, Butterworth |
| f)
Jalan Bagan Luar, Butterworth |
|
Cara Menjaja Dan Kesihatan  |
Pemohon
hendaklah sihat dan tidak mempunyai penyakit berjangkit
dan disuntik T.A.B di Pejabat MPSP |
Kenderaan
yang digunakan untuk menjaja hendaklah dicatkan semula
sekali setahun dan berada di dalam keadaan baik dan
bersih. |
Semua alat-alat dan perkakas yang digunakan untuk
penyediaan, pengangkutan dan penjualan ayam daging
hendaklah dijaga dengan bersih setiap masa. |
Pemegang lesen dikehendaki memakai lencana lsesen semasa
menjaja, ditegah memindah milik atau meyewa atau
membenarkan orang-orang lain menggunakan lesen atau
lencana. |
|
Daging Yang Dijual  |
Ayam daging yang dijual hendaklah bersih, sihat seta
tidak berpenyakit. |
Langkah-langkah
yang sesuai hendaklah diambil bagi mencegah daging
mentah dihinggapi lalat. |
Tidak
dibenarkan menjual lain-lain barang selain daripada
barang-barang yang tercatit di dalam lesennya. |
Sediakan
sebuah tong sampah kecil untuk mengisi benda-benda
berketul dan sisa-sisa buangan. Ditegah membuang ke atas
jalanraya atau ke dalam parit. |
Bagi
penjaja menjual daging kambing / lembu, syaratnya ialah
daging mesti dibekal dari Rumah Sembelih Berlesen dan
hendaklah bersih, sihat serta tidak berpenyakit. |
|
SYARAT
PENGELUARAN LESEN PENJAJA MENJUAL DAGING KHINZIR
|
Tempat Menjaja  |
Ditegah
menjaja , menjual atau mendedah daging di mana-mana
jalanraya, kakilima, di tempat-tempat dalam lingkungan
50 ela dari pagar atau dikawasan penduduk orang islam. |
Ditegah
menjaja di kawasan yang terdapat penjaja-penjaja
berugama islam |
Penjaja
tidak boleh menetap untuk menunggu pelanggan di satu
tempat lebih dari masa yang diperlukan |
Tidak
boleh menjaja di kawasan-kawasan larangan seperti
berikut : |
| a)
Jalan Bunga Raya, Bukit Mertajam |
|
b) Jalan Danby, Bukit Mertajam |
|
c) Jalan Pasar, Bukit Mertajam |
| d)
Jalan Stesyen, Bukit Mertajam |
| e)
Jalan Bagan Luar, Butterworth |
|
Cara Menjaja Dan Kesihatan  |
Pemohon
hendaklah sihat dan tidak mempunyai penyakit berjangkit
dan disuntik T.A.B di Pejabat MPSP |
Kenderaan
yang digunakan untuk menjaja hendaklah dicatkan semula
sekali setahun dan berada di dalam keadaan baik dan
bersih. |
Semua alat-alat dan perkakas yang digunakan untuk
penyediaan, pengangkutan dan penjualan ayam daging
hendaklah dijaga dengan bersih setiap masa. |
Pemegang lesen dikehendaki memakai lencana lsesen semasa
menjaja, ditegah memindah milik atau meyewa atau
membenarkan orang-orang lain menggunakan lesen atau
lencana. |
|
Daging Yang Dijual  |
Daging mesti dibekal dari Rumah Sembelih Berlesen dan
hendaklah bersih, sihat serta tidak berpenyakit. |
Sediakan
peti atau bekas yang sempurna dengan bahagian bawahnya
diperbuat daripada aluminium atau yang serupa bagi
menyimpan daging mentah/panggang supaya mengelakkan
pendedahan kepada orang ramai. |
Ditegah
mendedah gading secara menggantung di kereta-kereta
penjaja. |
Langkah-langkah
yang sesuai hendaklah diambil bagi mencegah daging
mentah / panggang dihinggapi lalat. |
Tidak
dibenarkan menjual lain-lain barang selain daripada
barang-barang yang tercatit didalam lesennya. |
Sediakan sebuah tong sampah kecil untuk mengisi
benda-benda berketul dan sisa-sisa buangan. Ditegah
membuang ke atas jalanraya atau ke dalam parit. |
|
|