Majlis Perbandaran Seberang Perai  
New Page 4

 

 
SYARAT­SYARAT OPERASI PERNIAGAAN DENGAN MELETAK KERUSI MEJA DI LUAR PREMIS
Permit Meletak Kerusi Meja Di Luar Premis
 Kadar bayaran yang dikenakan adalah RM20.00 untuk satu meja untuk tempoh 1 bulan.
  Tempoh bayaran permit dibenarkan sehingga maksimum 6 bulan.
  Mengenakan bayaran cagaran sebanyak RM300.00
  Mengenakan bayaran permit untuk letak skrin layar sebanyak RM30.00 untuksatu skrin untuk tempoh 1 bulan
  Pemohon hendaklah mengambil perlindungan insuran tanggungan Awam (Public Liability) bernilai RM 500,000.00 bagi setiap kemalangan yang berlaku akibat aktiviti perniagaan yang dijalankan di luar premis dan mesti berkuatkuasa sepanjang tempoh masa operasi perniagaan dijalankan.
  Waktu yang dibenarkan perletakkan kerusi meja di luar premis perniagaan ialah di antara jam 9.00 malam hingga 5.00 pagi.
  Kawasan luar premis perniagaan yang dipohon hendaklah berkeadaan terang bagi mencerahkan kawasan tersebut dan tidak merbahaya kepada orang awam.
  Persetujuan daripada jiran­jiran sebelah mestilah diperolehi sebelum kelulusan diberikan. Aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak boleh menimbulkan aktiviti kacau ganggu bunyi bising yang melampau sehingga mengganggu ketenteraman jiran bersebelahan.
  Sebarang struktur tambahan yang dibina di luar premis hendaklah tidak terkeluar menjulur ke kawasan jalanraya dan struktur tersebut hendaklah berkeadaan sementara (boleh laras). Kelulusan struktur bangunan berkenaan mesti diperolehi dahulu sebelum operasi perniagaan boleh dijalankan.
  Pemohon hendaklah bertanggungjawab mengawal aliran lalu lintas di kawasan premis perniagaan bagi menggelakkan kesesakan dan kemalangan jalan raya yang mungkin berlaku di kawasan berkenaan. Tanda­tanda peringatan seperti kun sinar cahaya, warning tape dan sebagainya wajar dipasang sekiranya didapati sesuai
  Pengusaha restoran (pemohon) dimestikan memasang papan tanda “Semua Kemalangan Yang Berlaku Di Kawasan Ini Adalah Di Bawah Tanggungjawab Pihak Restoran”. Papan tanda ini hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat oleh orang ramai.
  Aktiviti memasak dan mencuci di luar premis adalah tidak dibenarkan
  Pengusaha restoran hendaklah pada setiap masa menjaga kebersihan kawasan di luar premis pada setiap masa dan mesti mengalihkan kerusi meja berkenaan selepas operasi perniagaan ditutup.
  Kawasan yang digunakan tidak boleh dipagar atau dijadikan hak milik persendirian. Status kawasan tersebut masih kekal sebagai kawasan awam.
  Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab untuk membayar sebarang pampasan ke atas sebarang kemalangan atau kerosakan / kehilangan harta benda yang mungkin berlaku dalam kawasan berkenaan.
Kawasan berikut adalah tidak dibenarkan diletakkan kerusi meja
  Kawasan atas rumput atau kawasan landskap
  Kawasan atas parit slap atau luring (manhole)
  Di atas jalanraya utama
  Tempat petak letak kereta bagi kawasan yang sibuk (mengikut pandangan Jabatan)
  Tempat­tempat lain yang tidak dibenarkan oleh pihak Majlis dari masa ke semasa.

 

 

Majlis Perbandaran Seberang Perai
Jalan Perda Utama, Bandar Perda
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel: 04-549 7555 , Fax: 04-538 9700

|| Hak Cipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian ||
Laman MPSP telah dilancarkan pada 8 Mei 2000 oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato' Samsudin bin Osman, Ketua Setiausaha Negara.
Paparan menarik menggunakan IE4 dan ke atas dengan 1024x768 piksel.

(C)Hakcipta Terpelihara 2003, Majlis Perbandaran Seberang Perai.