|
|
New Page 1
|
| |
| |
|
PENTADBIRAN
MPSP |
|
|
|
|
Pengurusan aktiviti MPSP dilaksanakan oleh 11 jabatan diketuai
oleh Setiausaha Perbandaran selaku Pentadbir.
|
| Bahagian
Audit Dalaman |
Fungsi
bahagian ini adalah :-
- Memastikan kawalan dalaman
adalah berkesan dan telah dipatuhi sepenuhnya
- Mengenalpasti dan melaporkan
kepada Yang Dipertua apa-apa kelemahan sistem kawalan dan
prosedure yang tidak berkesan
- Memberikan cadangan yang
munasabah untuk memperbaiki kelemahan yang ada bagi memastikan
ianya tidak berulang
- Mengkaji perkara-perkara yang
dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara
|
| Jabatan
Khidmat Pengurusan |
| Jabatan
ini merupakan nadi kepada pentadbiran majlis. Ianya
bertanggungjawab menyelaras dan memastikan kelancaran semua
program dan aktiviti majlis yang dirancangkan.
Fungsi Jabatan Urusetia adalah
seperti berikut :
- Menjalankan tugas-tugas
pentadbiran am majlis dan memberi perkhidmatan urusetia kepada
jawatankuasa-jawatankuasa Penasihat serta Majlis Penuh.
- Bertanggungjawab mengendalikan
semua tugas yang berkaitan dengan perkhidmatan dan perjawatan
serta kebajikan kakitangan.
- Bertanggungjawab menguruskan
perolehan, bekalan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh semua
jabatan dan Majlis.
- Mengawal keselamatan harta
benda Majlis
- Menjalankan tugas-tugas
pentadbiran am Majlis dan memberi perkhidmatan urusetia kepada
jawatankuasa-jawatankuasa Penasihat serta Majlis Penuh
- Memastikan sistem pengurusan
pentadbiran Majlis dilaksanakan dengan teratur, efisyen,
efektif dan memuaskan kehendak pelanggan
- Mewujudkan budaya kerja yang
cemerlang untuk memantapkan lagi pentadbiran Majlis
- Menguruskan perkara-perkara
berkaitan dengan Pentadbiran Am, Personel dan Kebajikan
Kakitangan, Kontrak dan Bekalan, Perkhidmatan serta
Perhubungan Awam.
- Menguruskan perhubungan luar
di antara Majlis dengan Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak
Berkuasa Tempatan lain
- Menyelaraskan pelaksanaan
Sistem Letak Kereta Berkupon
- Menyelaraskan dan memastikan
kelancaran pelaksanaan projek dan program pembangunan yang
dikendalikan oleh jabatan-jabatan teknikal Majlis
- Menyelaraskan program dan
projek pembangunan Majlis serta mengendalikan hal-hal
berkaitan dengan pemberian milik tanah kerajaan dan
pengambilan balik tanah swasta
- Menguruskan latihan dalaman
dan luaran untuk kakitangan Majlis
- Menyelaraskan dan memastikan
kelancaran pelaksanaan projek dan program pembangunan yang
dikehendaki oleh jabatan-jabatan teknikal Majlis
- Pembangunan sistem maklumat
Majlis
|
| Jabatan
Kejuruteraan |
| Jabatan
ini bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pelbagai
projek Majlis untuk membantu pembangunan kawasan Seberang Perai.
Ia bertanggungjawab untuk kerja-kerja penyelenggaraan serta
menyediakan kemudahan awam seperti menyediakan pasar awam, tempat
meletak kereta, pondok perhentian bas dan lampu jalan. Di samping
itu, jabatan ini juga memainkan peranan dalam penyeliaan sistem
lalulintas dan kerja tanah di Seberang Perai.
Fungsi Jabatan Kejuruteraan
adalah :
- Kawalan dan pengawasan sistem
lalulintas.
- Kawalan kerja tanah.
- Melaksanakan dan menyelenggara
projek-projek Majlis.
- Menyelenggara jalan-jalan
taman perumahan di seluruh kawasan Seberang Perai
|
| Jabatan
Perancang Bandar |
| e-Dasar
Majlis Perbandaran Seberang Perai
telah menggunapakai keseluruhan Akta Perancangan Bandar dan Desa,
1976, (Akta 172 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa (pindaan)
1995, (Akta A933). Jabatan ini memberikan perkhidmatan perancangan
mengikut fungsi-fungsi seperti berikat:
- Menyediakan rancangan struktur
dan rancangan tempatan mengikut kehendak-kehendak Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172 dan Akta1129)
- Mengawal pembangunan perumahan,
perniagaan dan perindustrian bagi seluruh Seberang Perai
- Merancang projek-projek Majlis
atau kerajaan seperti perumahan awam, medan penjaja,
pasar-pasar awam dan kemudahan rekreasi
- Pengindahan dan
penyelenggaraan seni taman dan lanskap
- Menjalankan kajian-kajian
penyelidikan bagi merumuskan dasar-dasar perancangan dan
mewujudkan satu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang terancang
serta teratur
- Memberi ulasan dan nasihat
perancangan kepada jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan
orang awam
|
| Jabatan
Pelesenan |
Fungsi
Jabatan ini adalah : -
- Mengeluarkan syarat permohonan
lesen dan merujuk ke jabatan-jabatan teknikal dalam tempoh
masa 30 hari daripada tarikh permohonan lesen yang lengkap
diterima
- Mengeluarkan bil lesen dalam
tempoh masa 30 hari selepas syarat-syarat pelesenan ditunaikan
- Mengeluarkan lesen penjaja
dalam tempoh masa 30 hari selepas menerima permohonan lesen
yang lengkap
- Surat tawaran untuk mengisi
kekosongan kompleks makanan/pasar awam dibuat dalam tempoh maa
14 hari selepas keputusan mesyuarat Majlis Penuh
|
| Jabatan
Undang-Undang |
| Jabatan
ini bertanggungjawab membuat dan menggubal undang-undang kecil
untuk Majlis. Seterusnya menguatkuasa undang-undang di dalam
kawasan pentadbiran Majlis termasuklah mengeluar kompaun dan
mengambil tindakan mahkamah.
Fungsi Jabatan Undang-undang
adalah seperti berikut :
- Memberi nasihat perundangan
- Menguatkuasakan undang-undang
- Mewakili Majlis di dalam
pendakwaan di Mahkamah
- Meminda, menggubal dan
memansuhkan Undang-undang Kecil
- Menyedia dan menyemak kertas
aduan, pertuduhan dan saman
- Membekal maklumat dan menapis
semua affidavit kes sivil
- Melantik panel peguam
- Menyedia dan menyemak surat
perjanjian
- Mengkompaun kesalahan
- Menyemak kontrak,
perintah-perintah dan notis temesti
- Melaksanakan waran tangkap dan
menyerahkan saman
|
| Jabatan
Perkhidmatan Kesihatan |
| Jabatan
ini bertanggungjawab dalam menyediakan satu perkhidmatan
perbandaran dan kesihatan yang komprehensif, cekap dan berkesan
dalam mewujudkan persekitaran yang sihat dan selesa, termasuk
menyediakan perkhidmatan pembersihan dan pengurusan sisa pepejal
secara sistematik. Jabatan ini juga berfungsi bagi mengawal
pengeluaran lesen-lesen perniagaan, industri, penjaja-penjaja,
serta penempatan semula penjaja di samping memberi perkhidmatan
klinik kesihatan, kawalan mutu makanan dan kawalan penyakit
berjangkit.
Fungsi Jabatan Perkhidmatan
Kesihatan dan Perbandaran adalah seperti berikut :
- Menjalankan kerja-kerja
pembersihan serta mengawal alam sekitar.
- Menguruskan sisa pepejal
- Mengeluarkan permit pelupusan
sampah, kursus pengendalian makanan dan imunisasi
- Memproses lesen semua jenis
perniagaan, industri, iklan / sepanduk dan hiburan
- Menyelenggarakan sewaan pasar
dan kompleks penjaja Majlis serta penempatan penjaja
- Perkhidmatan klinik dan
pengawalan penyakit berjangkit
- Kawalan dan perlesenan penjaja
dan peniaga kecil
- Program kitar semula dan
pendidikan kesihatan
- Memproses lesen veterinar
ternakan haiwan dan penjaja daging
- Mengeluarkan lesen anjing
- Mengeluarkan permit sembelihan
haiwan ternakan
|
| Jabatan
Bangunan |
| Mengikut
peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Jalan, Parit dan bangunan
1974 (Akta 133), Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986 dan
dasar-dasar Majlis, jabatan ini bertanggungjawab melaksanakan
undang-undang kawalan bangunan-bangunan di dalam kawasan
pentadbiran Majlis dan memastikan ia dibina mengikut syarat-syarat
yang telah ditetapkan oleh Akta dan Undang-undang Kecil di atas.
Fungsi Jabatan Bangunan adalah :
- Menguatkuasakan kawalan ke
atas pembinaan bangunan dan penduduk kepada bangunan-bangunan
di Seberang Perai.
- Menasihati Majlis dalam
kawalan perancangan bangunan.
- Mengawal, memeriksa dan
menjalankan siasatan ke atas semua bangunan tambahan dan
bangunan yang didirikan tanpa kebenaran.
- Menasihati lain-lain jabatan
di atas perkara-perkara yang berkaitan dengan kegunaan
bangunan.
- Merekabentuk bangunan-bangunan
Majlis yang dicadang untuk didirikan jika ada.
|
| Jabatan
Perbendaharaan |
| Jabatan
ini bertanggungjawab dalam kutipan hasil Majlis dan mengawal
perbelanjaan Majlis iaitu dengan memastikan sumber-sumber
pendapatan majlis dibelanjakan ke arah untuk meningkatkan
keselesaan hidup pembayar cukai.Selain daripada itu, jabatan ini
juga bertindak sebagai penasihat dalam hal-hal berkaitan kewangan
disamping berusaha dalam menambahkan lagi sumber hasil majlis
supaya Majlis tidak hanya bergantung kepada cukai sebagai sumber
hasil yang utama.
Fungsi Jabatan Kewangan adalah
seperti berikut:
- Menguruskan punca-punca
pendapatan Majlis
- Menguruskan tanggungan
kewangan Majlis
- Membangun, mengemaskini dan
menyelenggara sistem pentadbiran kewangan Majlis
- Melaksana peraturan kewangan
yang diterima pakai oleh Majlis
- Penyediaan Laporan Kewangan
dan Belanjawan Majlis
- Melaporkan kedudukan kewangan
Majlis
- Menguruskan Pembangunan Sistem
Maklumat Majlis
|
| Jabatan
Penilaian dan Pengurusan Harta |
| Jabatan
ini bertanggungjawab melakukan kerja-kerja penilaian harta benda
di kawasan Seberang Perai dalam usaha untuk mempertingkatkan hasil
Majlis agar perkhidmatan kepada penduduk dapat dipertingkatkan.
Jabatan ini sentiasa berusaha untuk mendapatkan sumber pendapatan
lain bagi Majlis melalui pelaburan hartanah.
Fungsi Jabatan Penilaian adalah
seperti berikut :
- Membuat penilaian bagi maksud
kadaran
- Membuat penilaian semula
- Membuat penilaian modal
- Mengurus harta Majlis
- Memproses pulangan balik cukai
taksiran
- Memproses penukaran nama
pembayar cukai
|
| Jabatan
Kemasyarakatan |
Fungsi
Jabatan ini adalah :-
- Menyelia dan menyelenggara
kemudahan-kemudahan sukan Majlis
- Melahir dan mengembangkan mutu
sukan dan kebudayaan sejajar dengan keperluan semasa
dikalangan masyarakat Seberang Perai
- Melaksanakan dan merancang
program pembangunan sukan dan kebudayaan
- Merancang pelbagai program,
aktiviti sukan dan kebudayaan untuk masyarakat Seberang Perai
- Saluran komunikasi/informasi
majlis dengan orang ramai
- Mengendalikan biro pengaduan
awam
- Menerbitkan laporan tahunan,
buletin MPSP dan risalah-risalah yang berkaitan dengan
program/aktiviti MPSP
- Menyelaras majlis-majlis rasmi
MPSP
|
|