Pengurusan aktiviti MPSP
dilaksanakan oleh 10 jabatan diketuai oleh Setiausaha Perbandaran selaku Pentadbir.
Sepuluh jabatan tersebut adalah :
Bahagian
Audit Dalaman
Fungsi bahagian ini adalah :-
- Memastikan kawalan dalaman adalah
berkesan dan telah dipatuhi sepenuhnya
- Mengenalpasti dan melaporkan kepada
Yang Dipertua apa-apa kelemahan sistem kawalan dan prosedure yang
tidak berkesan
- Memberikan cadangan yang munasabah
untuk memperbaiki kelemahan yang ada bagi memastikan ianya tidak
berulang
- Mengkaji perkara-perkara yang
dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara
kembali ke atas
Jabatan Khidmat
Pengurusan
Jabatan ini merupakan nadi kepada pentadbiran majlis. Ianya
bertanggungjawab menyelaras dan memastikan kelancaran semua program dan aktiviti majlis
yang dirancangkan.
Fungsi Jabatan Urusetia adalah seperti berikut :
- Menjalankan tugas-tugas pentadbiran am majlis dan memberi
perkhidmatan urusetia kepada jawatankuasa-jawatankuasa Penasihat serta Majlis Penuh.
- Bertanggungjawab mengendalikan semua tugas yang berkaitan
dengan perkhidmatan dan perjawatan serta kebajikan kakitangan.
- Bertanggungjawab menguruskan perolehan, bekalan dan
perkhidmatan yang diperlukan oleh semua jabatan dan Majlis.
- Mengawal keselamatan harta benda
Majlis
- Menjalankan tugas-tugas pentadbiran am
Majlis dan memberi perkhidmatan urusetia kepada
jawatankuasa-jawatankuasa Penasihat serta Majlis Penuh
- Memastikan sistem pengurusan
pentadbiran Majlis dilaksanakan dengan teratur, efisyen, efektif dan
memuaskan kehendak pelanggan
- Mewujudkan budaya kerja yang cemerlang
untuk memantapkan lagi pentadbiran Majlis
- Menguruskan perkara-perkara berkaitan
dengan Pentadbiran Am, Personel dan Kebajikan Kakitangan, Kontrak
dan Bekalan, Perkhidmatan serta Perhubungan Awam.
- Menguruskan perhubungan luar di antara
Majlis dengan Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa
Tempatan lain
- Menyelaraskan pelaksanaan Sistem Letak
Kereta Berkupon
- Menyelaraskan dan memastikan
kelancaran pelaksanaan projek dan program pembangunan yang
dikendalikan oleh jabatan-jabatan teknikal Majlis
- Menyelaraskan program dan projek
pembangunan Majlis serta mengendalikan hal-hal berkaitan dengan
pemberian milik tanah kerajaan dan pengambilan balik tanah swasta
- Menguruskan latihan dalaman dan luaran
untuk kakitangan Majlis
- Menyelaraskan dan memastikan
kelancaran pelaksanaan projek dan program pembangunan yang
dikehendaki oleh jabatan-jabatan teknikal Majlis
- Pembangunan sistem maklumat Majlis
kembali ke atas

Jabatan Kejuruteraan
Jabatan ini bertanggungjawab untuk merancang dan
melaksanakan pelbagai projek Majlis untuk membantu pembangunan kawasan Seberang Perai. Ia
bertanggungjawab untuk kerja-kerja penyelenggaraan serta menyediakan kemudahan awam
seperti menyediakan pasar awam, tempat meletak kereta, pondok perhentian bas dan lampu
jalan. Di samping itu, jabatan ini juga memainkan peranan dalam penyeliaan sistem
lalulintas dan kerja tanah di Seberang Perai.
Fungsi Jabatan Kejuruteraan adalah :
- Kawalan dan pengawasan sistem lalulintas.
- Kawalan kerja tanah.
- Melaksanakan dan menyelenggara projek-projek Majlis.
- Menyelenggara jalan-jalan taman perumahan di
seluruh kawasan Seberang Perai
kembali ke atas
Jabatan Perancang Bandar dan
Pengindahan
e-Dasar
Majlis Perbandaran Seberang Perai telah
menggunapakai keseluruhan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976,
(Akta 172 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa (pindaan) 1995, (Akta
A933). Jabatan ini memberikan perkhidmatan perancangan mengikut
fungsi-fungsi seperti berikat:
- Menyediakan rancangan struktur dan
rancangan tempatan mengikut kehendak-kehendak Akta Perancangan
Bandar dan Desa 1976 (Akta 172 dan Akta1129)
- Mengawal pembangunan perumahan,
perniagaan dan perindustrian bagi seluruh Seberang Perai
- Merancang projek-projek Majlis atau
kerajaan seperti perumahan awam, medan penjaja, pasar-pasr awam
dan kemudahan rekreasi
- Pengindahan dan penyelenggaraan seni
taman dan lanskap
- Menjalankan kajian-kajian
penyelidikan bagi merumuskan dasar-dasar perancangan dan
mewujudkan satu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang terancang
serta teratur
- Memberi ulasan dan nasihat
perancangan kepada jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan orang
awam
kembali ke atas
Jabatan Pelesenan
Fungsi Jabatan ini adalah : -
- Mengeluarkan syarat permohonan lesen
dan merujuk ke jabatan-jabatan teknikal dalam tempoh masa 30 hari
daripadan tarikh permohonan lesen yang lengkap diterima
- Mengeluarkan bil lesen dalam tempoh
masa 30 hari selepas syarat-syarat pelesenan ditunaikan
- Mengeluarkan lesen penjaja dalam
tempoh masa 30 hari selepas menerima permohonan lesen yang lengkap
- Surat tawaran untuk mengisi
kekosongan kompleks makanan/pasar awam dibuat dalam tempoh maa 14
hari selepas keputusan mesyuarat Majlis Penuh
kembali ke atas |
 Jabatan Undang-Undang
Jabatan ini bertanggungjawab membuat dan menggubal
undang-undang kecil untuk Majlis. Seterusnya menguatkuasa undang-undang di dalam kawasan
pentadbiran Majlis termasuklah mengeluar kompaun dan mengambil tindakan mahkamah.
Fungsi Jabatan Undang-undang adalah seperti berikut :
- Memberi nasihat perundangan
- Menguatkuasakan undang-undang
- Mewakili Majlis di dalam pendakwaan di
Mahkamah
- Meminda, menggubal dan memansuhkan
Undang-undang Kecil
- Menyedia dan menyemak kertas aduan,
pertuduhan dan saman
- Membekal maklumat dan menapis semua
affidavit kes sivil
- Melantik panel peguam
- Menyedia dan menyemak surat perjanjian
- Mengkompaun kesalahan
- Menyemak kontrak, perintah-perintah
dan notis temesti
- Melaksanakan waran tangkap dan
menyerahkan saman
kembali ke atas
Jabatan Perkhidmatan
Perbandaran dan Kesihatan
Jabatan ini bertanggungjawab dalam menyediakan satu
perkhidmatan perbandaran dan kesihatan yang komprehensif, cekap dan berkesan dalam
mewujudkan persekitaran yang sihat dan selesa, termasuk menyediakan perkhidmatan
pembersihan dan pengurusan sisa pepejal secara sistematik. Jabatan ini juga berfungsi bagi
mengawal pengeluaran lesen-lesen perniagaan, industri, penjaja-penjaja, serta penempatan
semula penjaja di samping memberi perkhidmatan klinik kesihatan, kawalan mutu makanan dan
kawalan penyakit berjangkit.
Fungsi Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Perbandaran
adalah seperti berikut :
- Menjalankan kerja-kerja pembersihan serta mengawal alam
sekitar.
- Menguruskan sisa pepejal
- Mengeluarkan permit pelupusan sampah,
kursus pengendalian makanan dan imunisasi
- Memproses lesen semua jenis
perniagaan, industri, iklan / sepanduk dan hiburan
- Menyelenggarakan sewaan pasar dan
kompleks penjaja Majlis serta penempatan penjaja
- Perkhidmatan klinik dan pengawalan
penyakit berjangkit
- Kawalan dan perlesenan penjaja dan
peniaga kecil
- Program kitar semula dan pendidikan
kesihatan
- Memproses lesen veterinar ternakan
haiwan dan penjaja daging
- Mengeluarkan lesen anjing
- Mengeluarkan permit sembelihan haiwan
ternakan
kembali ke atas

Jabatan Bangunan
Mengikut peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Jalan,
Parit dan bangunan 1974 (Akta 133), Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986 dan
dasar-dasar Majlis, jabatan ini bertanggungjawab melaksanakan undang-undang kawalan
bangunan-bangunan di dalam kawasan pentadbiran Majlis dan memastikan ia dibina mengikut
syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Akta dan Undang-undang Kecil di atas.
Fungsi Jabatan Bangunan adalah :
- Menguatkuasakan kawalan ke atas pembinaan bangunan dan
penduduk kepada bangunan-bangunan di Seberang Perai.
- Menasihati Majlis dalam kawalan perancangan bangunan.
- Mengawal, memeriksa dan menjalankan siasatan ke atas semua
bangunan tambahan dan bangunan yang didirikan tanpa kebenaran.
- Menasihati lain-lain jabatan di atas perkara-perkara yang
berkaitan dengan kegunaan bangunan.
- Merekabentuk bangunan-bangunan Majlis yang dicadang untuk
didirikan jika ada.
kembali ke atas
Jabatan
Perbendaharaan
Jabatan ini bertanggungjawab dalam kutipan hasil Majlis dan
mengawal perbelanjaan Majlis iaitu dengan memastikan sumber-sumber pendapatan majlis
dibelanjakan ke arah untuk meningkatkan keselesaan hidup pembayar cukai.Selain daripada
itu, jabatan ini juga bertindak sebagai penasihat dalam hal-hal berkaitan kewangan
disamping berusaha dalam menambahkan lagi sumber hasil majlis supaya Majlis tidak hanya
bergantung kepada cukai sebagai sumber hasil yang utama.
Fungsi Jabatan Kewangan adalah seperti berikut:
- Menguruskan punca-punca pendapatan Majlis
- Menguruskan tanggungan kewangan Majlis
- Membangun, mengemaskini dan menyelenggara sistem pentadbiran
kewangan Majlis
- Melaksana peraturan kewangan yang diterima pakai oleh Majlis
- Penyediaan Laporan Kewangan dan Belanjawan Majlis
- Melaporkan kedudukan kewangan Majlis
- Menguruskan Pembangunan Sistem Maklumat Majlis
kembali ke atas
Jabatan Penilaian
dan Pengurusan Harta
Jabatan ini bertanggungjawab melakukan kerja-kerja
penilaian harta benda di kawasan Seberang Perai dalam usaha untuk mempertingkatkan hasil
Majlis agar perkhidmatan kepada penduduk dapat dipertingkatkan. Jabatan ini sentiasa
berusaha untuk mendapatkan sumber pendapatan lain bagi Majlis melalui pelaburan hartanah.
Fungsi Jabatan Penilaian adalah seperti berikut :
- Membuat penilaian bagi maksud kadaran
- Membuat penilaian semula
- Membuat penilaian modal
- Mengurus harta Majlis
- Memproses pulangan balik cukai
taksiran
- Memproses penukaran nama pembayar
cukai
kembali ke atas Jabatan
Kemasyarakatan Fungsi
Jabatan ini adalah :-
- Menyelia dan menyelenggara
kemudahan-kemudahan sukan Majlis
- Melahir dan mengembangkan mutu sukan
dan kebudayaan sejajar dengan keperluan semasa dikalangan
masyarakat Seberang Perai
- Melaksanakan dan merancang program
pembangunan sukan dan kebudayaan
- Merancang pelbagai program, aktiviti
sukan dan kebudayaan untuk masyarakat Seberang Perai
- Saluran komunikasi/informasi majlis
dengan orang ramai
- Mengendalikan biro pengaduan awam
- Menerbitkan laporan tahunan, buletin
MPSP dan risalah-risalah yang berkaitan dengan program/aktiviti
MPSP
- Menyelaras majlis-majlis rasmi MPSP
kembali ke atas |