HOME | ISO | EMAIL | PROFIL | PERKHIDMATAN | REKREASI | BULETIN | SOALAN LAZIM | SOAL SELIDIK
 

Carta Organisasi

Tugas-tugas Majlis adalah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Penasihat yang dianggotai oleh sebilangan Ahli Majlis yang dipilih untuk menduduki jawatankuasa Penasihat dimana tugasnya adalah menimbang, membincang dengan terperinci dan membuat rekomendasi supaya dikemukakan kepada Majlis Penuh untuk pertimbangan dan kelulusan.

Majlis Penuh adalah diduduki oleh kesemua 24 orang Ahli Majlis yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua yang akan membuat keputusan muktamad untuk dilaksanakan oleh pihak pentadbiran.

MPSP adalah ditadbir oleh satu badan pengurusan yang dianggotai oleh Yang Dipertua selaku ketua eksekutif dan 24 orang Ahli Majlis. Ahli-Ahli Majlis ini adalah dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh setahun manakala tempoh perlantikan Yang Dipertua adalah bergantung kepada perkenan Kerajaan Negeri.

Badan pengurusan ini dalah diurusetiakan oleh 10 jabatan yang diketuai oleh Setiausaha Perbandaran selaku Ketua Pentadbiran. Beliau dibantui oleh ketua jabatan masing-masing yang bergelar Pengarah. Semua pengurusan adalah dibawah pengawalan Yang Dipertua yang dilakukan melalui Setiausaha Perbandaran yang seterusnya menjalankan penyelarasan ke atas ketua jabatan.

(C)Hakcipta Terpelihara, Majlis Perbandaran Seberang Perai 2003.