HOME | ISO | EMAIL | PROFIL | PERKHIDMATAN | REKREASI | BULETIN | SOALAN LAZIM | SOAL SELIDIK

PIAGAM PELANGGAN MPSP

Tarikh Kemaskini   14 Februari 2008

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Memastikan pelantikan kakitangan dibuat dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh iklan ditutup.

JABATAN UNDANG-UNDANG

  • Memuktamadkan draf perjanjian sehingga proses mematikan setem dalam tempoh 21 hari

JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN DAN KESIHATAN

  • Menjalankan pembersihan parit, jalan, bahu jalan dan tanah lapang 1 kali seminggu untuk kawasan perumahan dan 3 kali seminggu untuk kawasan komersial
  • Memberi perkhidmatan kutipan sisa pepejal domestik 3 kali seminggu
  • Menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput setiap 3 minggu sekali di kawasan perumahan dan komersial

JABATAN KEJURUTERAAN

  • Lampu jalan, lampu hiasan dan lampu isyarat disiasat dalam tempoh 4 hari daripada tarikh aduan diterima
  • Memastikan kerja-kerja menampal jalan dan taman yang berlubang dilaksanakan dalam tempoh 3 hari selepas aduan diterima

JABATAN BANGUNAN

 

MEMPROSES PELAN BANGUNAN

  • Siap proses pelan bangunan jenis skim dan kompleks perniagaan dalam tempoh 50 hari daripada tarikh surat permohonan dari OSC (Urusetia Pusat Setempat)
  • Mengeluarkan keputusan terhadap pelan bangunan dalam tempoh 2 hingga 7 minggu mengikut kategori permohonan dari tarikh syarat dipatuhi.

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN PENGINDAHAN

  • Memberi keputusan permohonan kebenaran merancang dalam tempoh 10 minggu daripada tarikh penerimaan pelan yang telah ditunaikan syarat

  • Memastikan pemangkasan pokok-pokok teduhan dan pokok renek dilakukan detiap 6 bulan di kawasan yang dikenal pasti

  • Membaiki alat permainan yang rosak dalam tempoh 30 hari daripada tarikh aduan diterima

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

  • Notis taksiran dihantar kepada pembayar cukai tidak melebihi 75 hari daripada tarikh penerimaan kes

  • Penukaran nama pemilik harta dibuat dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh permohonan diterima kecuali rumah kampung

JABATAN PERBENDAHARAAN

  • Bil-bil cukai taksiran akan dikeluarkan dalam bulan Januari bagi setengah tahun pertama dan bulan Julai bagi setengah tahun kedua tiap-tiap tahun
  • Bayaran kepada pembekal akan dibuat dalam tempoh 14 hari setelah dokumen yang lengkap diterima
  • Bayaran cukai taksiran  yang diterima, adalah dikemaskini di paparan bil On-line seperti berikut:

  • Bayaran melalui kaunter ibu pejabat MPSP
 Serta merta
  • Bayaran melalui kaunter pejabat cawangan MPSP
 Hari yang sama
  • Bayaran melalui laman web MPSP, agen bank, TM, TNB & POS
 1 hari selepas transaksi
  • Bayaran melalui lain-lain agensi setempat
 3 hari selepas transaksi
  • Bayaran kompaun letak kereta yang diterima, adalah dikemaskini di paparan semalam On-line seperti berikut:
  • Bayaran melalui kaunter ibu pejabat MPSP
Serta merta
  • Bayaran melalui kaunter pejabat cawangan MPSP
Hari yang sama
  • Bayaran melalui agen bank (RHB) & Pos
1 hari selepas transaksi
  • Bayaran melalui lain-lain agensi setempat
3 hari selepas transaksi

JABATAN KEMASYARAKATAN

  • Maklum balas aduan dikemukakan kepada pengadu dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh aduan diterima

JABATAN PELESENAN

  • Mengeluarkan bil lesen premis dalam tempoh 25 hari selepas syarat-syarat pelesenan ditunaikan
  • Mengeluarkan lesen penjaja dalam tempoh 25 hari selepas menerima permohonan lesen yang lengkap
  • Surat tawaran untuk mengisi kekosongan kompleks makanan / pasar awam dibuat dalam tempoh 14 hari selepas keputusan mesyuarat Majlis Penuh

UNIT OSC (URUSETIA PUSAT SETEMPAT)

  • Semua permohonan direkodkan dan dirujuk kepada Jabatan Induk dan Jabatan-jabatan Teknikal dalam tempoh 2 hari bagi konsep Jual Kemudian Bina (JKB)
  • Semua permohonan direkodkan dan dirujuk kepada Jabatan Induk dan Jabatan-jabatan Teknikal dalam tempoh 1 hari bagi konsep Bina Kemudian Jual (BKJ)

(C)Hakcipta Terpelihara, Majlis Perbandaran Seberang Perai 2003.