Majlis Perbandaran Seberang Perai  
New Page 4

 

 
New Page 1

| Lokasi | Logo | Sejarah | Kependudukan | Wawasan |Objektif |
| Pengurusan | Fungsi Majlis | Nilai Korporat | Anugerah |

 
 

PENGURUSAN

 
MPSP adalah ditadbir oleh satu badan pengurusan yang dianggotai oleh Yang Dipertua selaku ketua eksekutif dan 24 orang Ahli Majlis. Ahli-Ahli Majlis ini dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh setahun manakala tempoh perlantikan Yang Dipertua adalah bergantung kepada perkenan Kerajaan Negeri.

Badan pengurusan ini adalah diurusetiakan oleh 11 jabatan yang diketuai oleh Setiausaha Perbandaran selaku Ketua Pentadbiran. Beliau dibantu oleh ketua jabatan masing-masing yang digelar sebagai Pengarah Jabatan. Semua pengurusan adalah dibawah pengawalan Yang Dipertua dengan dibantu oleh Setiausaha Perbandaran yang seterusnya menjalankan penyelarasan ke atas ketua jabatan.

 

 

 

Tugas-tugas Majlis adalah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Penasihat yang dianggotai oleh sebilangan Ahli Majlis yang dipilih untuk menduduki jawatankuasa Penasihat dimana tugasnya adalah menimbang, membincang dengan terperinci dan membuat rekomendasi dalam mesyuarat jawatankuasa supaya dikemukakan kepada Majlis Penuh untuk pertimbangan dan kelulusan.

Majlis Penuh adalah diduduki oleh kesemua 24 orang Ahli Majlis yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua yang akan membuat keputusan muktamad untuk dilaksanakan oleh pihak pentadbiran.

 

Majlis Perbandaran Seberang Perai
Jalan Perda Utama, Bandar Perda
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel: 04-549 7555 , Fax: 04-538 9700

|| Hak Cipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian ||
Laman MPSP telah dilancarkan pada 8 Mei 2000 oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato' Samsudin bin Osman, Ketua Setiausaha Negara.
Paparan menarik menggunakan IE4 dan ke atas dengan 1024x768 piksel.

(C)Hakcipta Terpelihara 2003, Majlis Perbandaran Seberang Perai.