|
|
|
|
|
SEJARAH
RINGKAS |
| |
|
Tahun 1800
Pentadbiran
Seberang Perai berpusat di Pulau Pinang. Dengan
keluasan 489.3 kilometer persegi dan bilangan
penduduk seramai lebih kurang lima ribu orang |
| |
|
Tahun 1850
Penerokaan
bermula, Seberang Perai bertukar wajah dari
kawasan hutan dan belukar kepada sebuah kawasan
pertanian. |
| |
|
Tahun 1913
Ordinan
baru dikeluarkan, Kerajaan Negeri kemudiannya
menubuhkan Lembaga Luar Bandar. Majlis Bandaran
Butterworth dan Bukit Mertajam serta Majlis Luar
Bandar Utara, Tengah dan Selatan telah ditubuhkan. |
| |
|
30
Jun 1974
Akta
Kerajaan Tempatan (Peruntukan-Peruntukan Sementara)
1973 telah dikuatkuasakan di seluruh negeri Pulau
Pinang. Pada 1 Julai 1974, ketiga-tiga Majlis
Daerah Utara, Majlis Daerah Tengah dan Majlis
Daerah Selatan, Seberang Perai disatukan dan
dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan
Tempatan, Seberang Perai. |
| |
|
15
Dis 1976
Akta
Kerajaan Tempatan 1976 berkuatkuasa, Lembaga
Pengurus Kerajaan Tempatan Seberang Perai dikenali
sebagai Majlis Perbandaran Seberang Perai dan
mendapat taraf Majlis Perbandaran. |
| |
| |
| Permulaan
Kami...
Seberang Perai atau Province Wellesley dahulunya menjadi tanah
jajahan British pada tahun 1800. Pentadbiran seberang Perai ketika
itu berpusat di Pulau Pinang. Dengan keluasan 489.3 kilometer
persegi dan bilangan penduduk seramai lebih kurang lima ribu orang,
kawasan yang dipenuhi belukar, paya dan hutan ini kemudiannya
bertukar kepada pertanian apabila usaha-usaha penerokaan bermula
pada tahun 1850.
|
|

|
|
Setelah Perjanjian Pangkor
ditandatangani pada tahun 1874, keluasan Province Wellesley
bertambah menjadi 740.12 kilometer. Kependudukan pula semakin
bertambah khususnya di kawasan pusat perdagangan seperti
Butterworth dan Bukit Mertajam.
Keluasan Seberang Perai
walaubagaimanapun telah dikurangkan kepada 738.41 kilometer
persegi kesan daripada perubahan sempadan Sg Muda antara negeri
Kedah dan Pulau Pinang.
|
|

|
|
Pada tahun 1896, Ordinan
Perbandaran diperkenalkan yang membolehkan Kerajaan Negeri membuat
Undang-Undang untuk mengendalikan hal ehwal awam. Pada tahun 1913,
satu ordinan baru telah dikeluarkan yang mana telah memberi kuasa
kepada Kerajaan Negeri menubuhkan Lembaga Luar Bandar. Majlis
Bandaran Butterworth dan Bukit Mertajam serta Majlis Luar Bandar
Utara,Tengah dan Selatan telah ditubuhkan.
Pada tahun 1961, pentadbiran
Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar telah disatukan dibawah
satu kuasa Majlis Daerah dan ditadbirkan oleh Majlis Daerah
masing-masing. Pada 30 Jun 1974, Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-Peruntukan
Sementara) 1973 telah dikuatkuasakan di seluruh negeri Pulau
Pinang. Pada 1 Julai 1974, ketiga-tiga Majlis Daerah Utara,
Majlis Daerah Tengah dan Majlis Daerah Selatan, Seberang Perai
disatukan dan dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan,
Seberang Perai.
Pada 15 Disember 1976, melalui
pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan
Tempatan telah dinaikkan taraf menjadi Majlis Perbandaran Seberang
Perai.
|
|