Majlis Perbandaran Seberang Perai  
New Page 4

 

 

PEMBERITAHUAN


Sila ambil perhatian mulai 2 Mei 2003, untuk sebarang tempahan kompleks sukan / dewan MPSP seperti Gelanggang Badminton, Tenis, Bola Jaring, Bolasepak, Boling Padang dan Hoki kecuali Stadium Negeri Batu Kawan, sila beurusan di kaunter berpusat di bangunan ibu pejabat.

Bagaimanapun, untuk tempahan kompleks sukan bagi mengadakan Karnival/Kejohanan, Aktiviti Sosial atau lain-lain dan tempahan Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi yang melibatkan penggunaan dewan serta peralatan, sila berurusan terus dengan Jabatan Kemasyarakatan di talian 5497488.

Sila ambil perhatian, tuan / puan perlu mengembalikan resit bayaran kepada bahagian tempahan (kaunter berpusat atau Jabatan Kemasyarakatan) untuk pengesahan atas tempahan yang telah dibuat.

Sekian, terima kasih.


Berkuatkuasa 1 Jun 2006, kadar sewaan bagi kompleks sukan, dewan dan stadium adalah seperti di bawah. Bayaran cagaran yang dikenakan adalah seperti berikut:-

Cagaran akan dikenakan bagi sewaan slot harian (bagi tempoh 8 jam) atau sewaan sepenuh hari, dan bagi slot jam (sekiranya ia digunakan untuk mengadakan pertandingan) bayaran cagaran yang perlu dibayar oleh penyewa adalah seperti berikut :

  • Bagi sewaan TEMPAT (bahagian/kawasan/tapak) yang berjumlah RM 1000.00 dan ke bawah, bayaran cagaran adalah separuh (50%) daripada sewa yang dikenakan.
  • Bagi sewaan TEMPAT (bahagian/kawasan/tapak) yang berjumlah RM 1000.00 - RM 5000.00, bayaran cagaran adalah RM 1000.00.
  • Bagi sewaan TEMPAT (bahagian/kawasan/tapak) yang berjumlah melebihi RM 5000.00, bayaran cagaran adalah RM 3000.00

     1.  Bayaran separuh harga / konsesi diberi terus untuk :

  • Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh agensi kerajaan/badan berkanun.
  • Institusi pengajian/pendidikan kerajaan, persatuan / pertubuhan Sukan yang berdaftar.
  • Ahli Parlimen, Wakil Rakyat, Ahli Majlis MPSP, Persatuan / Kelab serta jabatan-jabatan MPSP.

     2. Pengecualian bayaran diberi terus untuk :

  • Aktiviti sukan yang dijalankan oleh Kelab di bawah pengurusan Jabatan Kemasyarakatan serta Persatuan Kebajikan, Sukan dan Sosial MPSP (PESUKA).
  • Program kursus/ seminar / bengkel / mesyuarat / latihan yang diadakan oleh Jabatan / Persatuan / Kelab MPSP.

Kemudahan bagi nombor 1 dan 2 adalah untuk aktiviti yang tidak berasaskan keuntungan dan kemudahan ini tidak termasuk tempahan bagi tujuan  / kegunaan peribadi.


PENGENALAN

Majlis Perbandaran Seberang Perai menyediakan berbagai kemudahan sukan dan rekreasi untuk orang ramai antaranya ialah:

 

Majlis Perbandaran Seberang Perai
Jalan Perda Utama, Bandar Perda
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel: 04-549 7555 , Fax: 04-538 9700

|| Hak Cipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian ||
Laman MPSP telah dilancarkan pada 8 Mei 2000 oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato' Samsudin bin Osman, Ketua Setiausaha Negara.
Paparan menarik menggunakan IE4 dan ke atas dengan 1024x768 piksel.

(C)Hakcipta Terpelihara 2003, Majlis Perbandaran Seberang Perai.