Air
Hitam Dalam
Meliputi kawasan paya darat seluas
kira-kira 11 hektar serta bersempadan dua buah sungai iaitu Sungai Kereh
dan Sungai Air Hitam, Hutan Pelajaran ini di Daerah Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang. Perjalanan dari bandar Butterworth mengambil masa lebih
kurang 25 minit, melalui pekan Sungai Dua dan Kampung Sungai Air Hitam
Dalam.

Kawasan ini mengandungi spesis flora paya
darat seperti Putat, Ara, Jangkang, Nipah dan sebagainya.
Selain dari ini, spesis fauna paya darat
seperti Memerang, Monyet, Biawak dan pelbagai spesis burung juga akan
dapat diperhatikan dalam kawasan ini. Tidak ketinggalan, jika bernasib
baik boleh melihat spesis buaya yang kadang-kadang timbul di sungai
berhampiran.

Untuk memudahkan para pengunjung
menikmati alam sambil membuat pemerhatian terhadap spesis-spesis flora dan
fauna di sini, pelantar pejalan kaki, pondok-pondok rehat, jambatan
gantung, pelantar pemandangan, tandas dan dangau disediakan.

Para pengunjung akan pasti mempelajari
sedikit sebanyak mengenai hutan paya darat dan sekaligus akan menimbulkan
rasa sayang terhadap alam semulajadi secara amnya setelah melawat Hutan
Pelajaran Air Hitam Dalam. Hutan pelajaran ini sesuai dijadikan tempat
pemerhatian dan rujukan untuk flora dan fauna hutan paya darat. |