
Hutan
lipur ini mempunyai pokok dan tumbuhan hutan asal seperti Meranti Seraya
dan Meranti rambai Daun. Di antara daya tarikan hutan lipur ini
termasuklah sungai-sungai, air terjun, kolam-kolam mandi, kawasan
perkelahan, taman permainan kanak-kanak, pelantar pemandangan, flora hutan
seperti paku-pakis, pokok bunga-bungaan hutan, epifit serta rama-rama,
burung-burung dan serangga 'exotic'. Hutan Lipur Bukit Mertajam terletak
kira-kira 6 kilometer di pinggir bandar Bukit Mertajam (Cherok To'Kun)
iaitu melalui jalan ke Kulim. Ciri-ciri istimewa hutan lipur ini
termasuklah :-
Kawasan berkelah yang selesa dengan
pondok-pondok rehat, meja dan bangku telah disediakan untuk kemudahan
pengunjung.
Sebuah tapak serta kemudahan asas seperti
tempat memasak, kawasan unggun api, bilik air serta bekalan air dan
elektrik memenuhi keperluan riadah yang sangai popular ini.

Para pengunjung yang gemarkan aktiviti
cabaran fizikal bolehlah merentas denai hutan. Ini juga membolehkan para
pengunjung mempelajari dan mengenali pokok-pokok hutan asli di sini sambil
merehatkan minda.

Sebuah kolam mandi, yang merupakan salah
satu tarikan utama hutan lipur ini, mengalu-alukan kedatangan para
pengunjung yang meminati kegiatan sukan air.

Untuk kemudahan para pengunjung dari jauh
mahupun tempatan yang ingin merasakan suasana malam dalam persekitaran
hutan, sebanyak enam buah 'chalet' yang setiap satu dilengkapi dengan
bilik mandi, siap untuk kegunaan anda |