Empangan Mengkuang, Bukit
Mertajam
terletak di dalam daerah |
 |
| Seberang Perai
Tengah, lebih kurang 28 km dari bandar Butterworth. Ianya merupakan sebuah tempat yang
menarik, mempunyai trek jogging serta sesuai untuk kegiatan sukan air peringkat negeri dan
antarabangsa.
|

Hutan Lipur Cherok To'Kun
Hutan ini terletak di Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, lebih kurang 23 km dari
bandar Butterworth. Terletak di kawasan berbukit-bukau pada
ketinggian 457 meter dari aras laut dan meliputi keluasan 37 hektar ini amat sesuai untuk kegiatan
riadah. Berita
selanjutnya...
|
 |
Ampang
Jajar Sungai Krian
Tempat rekreasi ini terletak di Nibong Tebal, Seberang Perai
Selatan. Jaraknya dari bandar Butterworth lebih kurang 40 km.
Sebuah tempat rehat, sesuai untuk kegiatan perkelahan,
perkhemahan, memancing dan beriadah. |
Hutan Lipur Bukit Panchor
Hutan ini terletak di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Kawasan rehat yang sesuai
untuk kegiatan perkhemahan serta beriadah. |
 |

Taman
Rekreasi Pantai Robina
Terletak di Teluk Air Tawar, lebih kurang 15 km dari Butterworth dan
kira-kira 25 km dari Sungai Petani serta
berdekatan dengan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Taman ini
mempunyai pelbagai kemudahan seperti surau, dewan, gerai berkonsepkan
terbuka serta tandas untuk membersihkan diri. Kemudahan yang
disediakan sesuai untuk semua golongan kerana terdapat juga laluan
refleksiologi, pejabat Majlis Belia Daerah, Tapak Sukan Ekstrem Rakan
Muda, Pusat Latihan Rekreasi dan Sukan Air bagi latihan kayak, wall
climbing serta gimnasium mini.
Kawasan lapang untuk kegiatan senaman
Tai Chi turut disediakan dan menjadi tumpuan pada cuti hujung minggu.
|