| |
| Empangan
Mengkuang, Bukit Mertajam |
| |
|

|
| Terletak
di dalam Daerah
Seberang Perai Tengah, lebih kurang 28 km dari bandar
Butterworth. Ianya merupakan sebuah tempat yang menarik,
mempunyai trek jogging serta sesuai untuk kegiatan sukan air
peringkat negeri dan antarabangsa
|
|
| Ampang
Jajar Sungai Krian |
|
|
|

|
| Tempat rekreasi ini
terletak di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Jaraknya dari
bandar Butterworth lebih kurang 40 km. Sebuah tempat rehat, sesuai
untuk kegiatan perkelahan, perkhemahan, memancing dan beriadah.
|
| Hutan
Lipur Cherok To'Kun |
|
|
|

|
| Hutan lipur ini
mempunyai pokok dan tumbuhan hutan asal seperti Meranti Seraya dan
Meranti rambai Daun. Di antara daya tarikan hutan lipur ini
termasuklah sungai-sungai, air terjun, kolam-kolam mandi, kawasan
perkelahan, taman permainan kanak-kanak, pelantar pemandangan,
flora hutan seperti paku-pakis, pokok bunga-bungaan hutan, epifit
serta rama-rama, burung-burung dan serangga 'exotic'. Hutan Lipur
Bukit Mertajam terletak kira-kira 6 kilometer di pinggir bandar
Bukit Mertajam (Cherok To'Kun) iaitu melalui jalan ke Kulim.
Ciri-ciri istimewa hutan lipur ini termasuklah :-
Kawasan berkelah yang selesa
dengan pondok-pondok rehat, meja dan bangku telah disediakan untuk
kemudahan pengunjung.
Sebuah tapak serta kemudahan asas
seperti tempat memasak, kawasan unggun api, bilik air serta
bekalan air dan elektrik memenuhi keperluan riadah yang sangai
popular ini.
|
|

|
| Para pengunjung yang
gemarkan aktiviti cabaran fizikal bolehlah merentas denai hutan.
Ini juga membolehkan para pengunjung mempelajari dan mengenali
pokok-pokok hutan asli di sini sambil merehatkan minda.
|
|

|
| Sebuah kolam mandi,
yang merupakan salah satu tarikan utama hutan lipur ini,
mengalu-alukan kedatangan para pengunjung yang meminati kegiatan
sukan air.
|
|

|
| Untuk kemudahan para
pengunjung dari jauh mahupun tempatan yang ingin merasakan suasana
malam dalam persekitaran hutan, sebanyak enam buah 'chalet' yang
setiap satu dilengkapi dengan bilik mandi, siap untuk kegunaan
anda
|
| Hutan
Lipur Bukit Panchor |
|
|
|

|
| Hutan ini terletak di
Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Kawasan rehat yang sesuai
untuk kegiatan perkhemahan serta beriadah.
|
| Pulau
Aman |
|
|
|

|
| Sebuah pulau kecil
yang terletak di dalam daerah Seberang Perai Selatan.Untuk
berulang alik ke pulau ini terdapat pengkalan bot yang beroperasi
setiap hari di Bukit Tambun. Merupakan sebuah perkampungan nelayan.
Sesuai sebagai tempat perkelahan dan memancing serta mempunyai
tempat-tempat yang bersejarah.
|
| Taman
Rekreasi Pantai Robina |
|
|
|

    |
|
Terletak
di Teluk Air Tawar, lebih kurang 15 km dari Butterworth dan
kira-kira 25 km dari Sungai Petani serta berdekatan dengan
Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Taman
ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti surau, dewan, gerai
berkonsepkan terbuka serta tandas untuk membersihkan diri.
Kemudahan yang disediakan sesuai untuk semua golongan kerana
terdapat juga laluan refleksiologi, pejabat Majlis Belia Daerah,
Tapak Sukan Ekstrem Rakan Muda, Pusat Latihan Rekreasi dan Sukan
Air bagi latihan kayak, wall climbing serta gimnasium mini.
Kawasan lapang untuk kegiatan
senaman Tai Chi turut disediakan dan menjadi tumpuan pada cuti
hujung minggu.
|
| Taman
Bandar, Ampang Jajar |
| |
| Taman ini terletak di
Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah dalam kawasan seluas lebih
kurang 151 ekar di tepi Sungai Perai dan berdekatan dengan
Lebuhraya Utara-Selatan. Sebuah tempat rehat yang menarik, sesuai
untuk kegiatan memancing dan beriadah.
|
| Taman
Burung |
| |
|

Terletak di Taman
Tunku, Seberang Jaya dengan jarak lebih kurang tujuh km dari
Jambatan Pulau Pinang dan 12 km dari Pengkalan Sultan Abdul Halim.
Mempunyai kawasan seluas 5 ekar. Terdapat pelbagai jenis spesis
burung dari dalam dan luar negara. Bayaran masuk dikenakan, iaitu
RM 10.00 bagi dewasa dan RM 5.00 bagi kanak-kanak.
Alamat:
Jalan Todak, Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang,
Malaysia.
Tel : 604-399 1899
Fax : 604-399 1899
Emel :
penangbp@streamyx.com
|
| Perkampungan
Tradisional |
|
|
|

|
| Kampung ini terletak
di Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, lebih
kurang 22 km dari bandar Butterworth. Aktiviti perkhemahan boleh
diadakan di sini dan menjadi tumpuan, terutamanya pada musim
buah-buahan. |