KEMPEN "OPS MPSP - TAK NAK MEROKOK"

Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MPSP dengan kerjasama dan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah telah melancarkan operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang bertema “ Ops MPSP-Tak Nak Merokok “ . Operasi ini memberi fokus kepada penguatkuasaan peraturan larangan merokok di dalam kawasan bangunan Ibu Pejabat MPSP yang merangkumi keseluruhan kawasan di dalam kepungan pagar atau sempadan tanah bangunan pejabat MPSP dan juga termasuk semua kawasan di dalam bangunan MPSP. Operasi ini bertujuan untuk melindungi warga MPSP dan orang ramai yang tidak merokok daripada bahaya asap rokok basi ( Second-Hand Smoke ), di samping memberi kesedaran kepada para perokok agar tidak merokok di kawasan-kawasan bangunan kerajaan yang merupakan tempat larangan merokok .

Tabiat merokok terbukti merosakkan kesihatan dan merugikan ekonomi perokok serta membahayakan kesihatan orang di sekeliling mereka. Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MPSP ingin menasihati para perokok agar berhenti merokok dan mendapatkan perkhidmatan berhenti merokok di mana-mana klinik kesihatan atau hospital Kerajaan yang berdekatan. Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MPSP juga ingin memberi nasihat kepada orang ramai dan para remaja supaya tidak memulakan tabiat merokok yang merugikan.

{jcomments off}

SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2012 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

{jcomments off}

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA SEMPENA SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGERI PULAU PINANG 2012

Sukacita dimaklumkan, Pertandingan Gubahan Bunga sempena sambutan Hari Landskap Negeri Pulau Pinang 2012 akan diadakan pada 6 Oktober 2012 (Sabtu) bertempat di Vision Park, Bertam, Kepala Batas bermula jam 9.00 pagi.

Penyertaan adalah dibuka kepada semua komuniti Seberang perai yang mana yuran penyertaan dikenakan RM 30.00 bagi setiap kumpulan (1 kumpulan 2 orang peserta). Pihak urusetia hanya menyediakan bunga dan span sahaja kepada setiap kumpulan. Penggunaan barangan kitar semula adalah diwajibkan ke atas gubahan bunga tersebut.

Tempat adalah terhad dan pendaftaran awal adalah digalakkan.

Kepada sesiapa yang berminat dan untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Puan Sarimah Ismail (Jabatan Perancang Bandar) di talian 04-5497548.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 4 Oktober 2012. Hadiah-hadiah menarik menanti anda.
Sekian, harap maklum.

{jcomments off}

BADAN WARISAN MALAYSIA "NATIONAL HERITAGE AWARDS 2012/2013" - TARIKH TUTUP 2 NOVEMBER 2012

Badan Warisan Malaysia sedang menganjurkan National Heritage Awards 2012/2013. Ianya bertujuan untuk mengiktiraf usaha-usaha pemuliharaan, sumbangan dan pencapaian profesional, ahli akademik, kerajaan dan pemilik bangunan untuk merangsang minat dalam pemuliharaan dan pemeliharaan warisan yang dibina di Malaysia.

Pada tahun ini pencalonan adalah terbuka kepada kategori:

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai anugerah yang berprestij ini, boleh mendapatkan maklumat dan borang penyertaan daripada www.badanwarisan.org.my . Segala pertanyaan boleh dikemukakan kepada  Sekretariat (Intan Syaheeda) di talian 03-21449273.

Tarikh tutup penyerahan adalah pada jam 12.00 tengah hari, 2 November 2012 (Jumaat).

 

{jcomments off}