DISRUPTIONS ON MPSP's ONLINE SERVICES (12/08/2012)


MPSP's online services will be down for maintenance purpose on 12th August 2012 (Sunday), from 9.00 a.m to 5.00 p.m.

We apologize for any inconvenience.

 

 logo_mpsp


KENYATAAN AKHBAR

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

 

 

Tarikh : 09 OGOS 2012

 

 

PENUTUPAN PERKHIDMATAN KAUNTER BAYARAN MPSP PADA 12 OGOS 2012 DAN PELANJUTAN WAKTU PERKHIDMATAN HINGGA JAM 8.30 MALAM PADA 30 OGOS 2012

 

 

Notis pemberitahuan : Dimaklumkan perkhidmatan kaunter bayaran Majlis Perbandaran Seberang Perai akan ditutup pada 12 Ogos 2012 (Ahad) kerana kerja-kerja penyelenggaraan server akan dilakukan. Manakala pada 30 Ogos 2012 (Khamis) perkhidmatan kaunter bayaran akan dilanjutkan waktu perkhidmatannya hingga jam 8.30 malam untuk memberi kemudahan kepada seluruh penduduk Seberang Perai membuat sebarang urusan bayaran sebelum berakhir bulan bayaran cukai taksiran.

 

 

 

{jcomments off}

PRESIDENT'S STATEMENTS ON 31ST JULY 2012

KENYATAAN YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
MESYUARAT MAJLIS PENUH
31 JULAI 2012


1.PENANG CHINESE CHAMBER OF COMMERCE (PCCC) YOUNG ENTREPRENEUR SECTION 

Untuk makluman semua, Mesyuarat Majlis Penuh kita pada hari ini turut disertai oleh Penang Chinese Chamber Of Commerce (PCCC) Young Entrepreneur Section dan selepas Mesyuarat Majlis Penuh dan sesi sidang akhbar, akan diadakan dialog bersama mereka bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik.


2.SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat dan hari ini merupakan hari yang ke-11, kita berpuasa.  Di sini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh  penduduk Seberang Perai yang beragama Islam yang dijangka akan disambut pada 19 Ogos 2012.


3.PEGAWAI BARU BERJAWATAN TETAP KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Sebagai makluman, MPSP telah melantik lima (5) orang Pegawai Pengurusan & Profesional ke jawatan tetap pada 2 Julai 2012 di dalam usaha memantapkan lagi pentadbiran Majlis.  Berikut, saya perkenalkan pegawai tersebut, iaitu ;

i.Pegawai Penguatkuasa N41 ditugaskan di Direktorat Penguatkuasaan iaitu;
  Encik Nazri bin Abdul Wahab
  Encik Mohd Faidrol Mohd Radzi dan
  Encik Saiful Azri bin Salleh

ii.Jurutera J41 iaitu Puan Nadia Faradila Jalawi ditugaskan di Jabatan Kejuruteraan dan

iii.Arkitek Landskap J41 iaitu Puan Siti Fatimah Ismail ditugaskan di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran.


4.KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Dimaklumkan bahawa Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-55 akan disambut di seluruh negara tidak lama lagi. Di Peringkat Negeri Pulau Pinang, acara sambutan dimulakan dengan program Kempen Kibar Jalur Gemilang. Kerajaan Negeri memilih tema Hari Kemerdekaan untuk tahun ini adalah “Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat”. Sehubungan itu, adalah diharapkan semua warga Seberang Perai terutama pemilik premis perniagaan dapat menghias premis, kediaman, bangunan dan kawasan dengan mengibarkan Jalur Gemilang serta memasang lampu-lampu hiasan berwarna-warni pada waktu malam sepanjang perayaan ini.  Kempen ini bermula pada 19 Julai 2012 sehingga 16 September 2012 yang merupakan Hari Malaysia.  Kerjasama daripada semua pihak, menjayakan Kempen Kibar Jalur Gemilang didahului dengan ucapan terima kasih.


5.PENGURNIAAN PINGAT HARI JADI YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG

Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah di atas anugerah yang telah dikurniakan sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama (DR.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas Negeri Yang Ke-74 yang lalu, iaitu ;

Bil

Nama Kakitangan

Jawatan

Jabatan

Kurniaan

1

Mat Nasir Bin Hassan

Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta

Penilaian & Pengurusan Harta

PKT

2

Baderul Amin Bin Abd Hamid

Timbalan Pengarah Kejuruteraan

Kejuruteraan

PKT

3

Norliza Binti Abdullah

Timbalan Pengarah Perancang Bandar

Perancang Bandar

PKT

4

Raju a/l Muniandy

Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran

Skuad Khas

PJK

5

Foong Cheong Lan

Pembantu Tadbir Kanan

Khidmat Pengurusan

PJK

6

Sulaiman bin Mohd Rawi

Polis Bantuan

Undang-Undang

PJK

7

Aida bt Ishak

Penolong Akauntan

Perbendaharaan

PJM

8

Che Amah binti Basha

Pen Pegawai Penilaian

Penilaian & Pengurusan Harta

PJM

9

Azizi bin Mohamed

Pen Perancang Bandar

Perancang Bandar

PJM

10

Meor Amri bin Md Noor

Pen Pegawai Veterinar

Perkhidmatan Kesihatan

PJM

11

Mokhtar bin Sariman

Juruteknik

Bangunan

PJM

12

Ismail bin Sharif

Pembantu Veterinar

Perkhidmatan Kesihatan

PJM

13

Lailia binti Adnan

Pelukis Pelan

Perancang Bandar

PJM

14

Zulkifle bin Mustafa

Pembantu Penguatkuasa

Direktorat Pengkuatkuasaan

PJM

15

Selvarajoo a/l Krishnasamy

Pemandu Kenderaan

Perkhidmatan Kesihatan

PJM

16

Agustin a/l Anthonysamy

Pemandu Kenderaan

Skuad Khas

PJM

17

Che Harun bin Che Min

Pemandu Kenderaan

Skuad Khas

PJM

18

Chandran a/l Govindan

Pemandu Kenderaan

Skuad Khas

PJM

19

Paramasevam a/l Thanimalai

Pemandu Kenderaan

Skuad Khas

PJM

20

Yusof bin Osman

Pemandu Kenderaan

Skuad Khas

PJM

21

Aziz bin Othman

Pemandu Kenderaan

Skuad Khas

PJM

22

Paresiven a/l Nadeson

Pekerja Awam

Skuad Khas

PJM

23

Selvam a/l Sinnasamy

Pekerja Awam

Skuad Khas

PJM

24

Halim bin Abdullah

Pekerja Awam

Skuad Khas

PJM

25

Mohd Jelani bin Ismail

Pekerja Awam

Skuad Khas

PJM

26

Mohamad Aher Wahab

Pekerja Awam

Kejuruteraan

PJM

27

Parkash Kaur a/p Mangal Singh

Pembantu Tadbir

Khidmat Pengurusan

PBS

28

Abdul Razak bin Samsudin

Tukang Cat

Kejuruteraan

PBS

29

Wahab bin Mat

Mandor

Kejuruteraan

PBS

30

Jayabala a/l Rengayah

Pemandu Kenderaan

Skuad Khas

PBS

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima pingat, diharapkan penganugerahan ini akan meningkatkan semangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi.
 

6.SIJIL BERSIH  KETUA AUDIT NEGARA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DIS 2011

Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Seberang Perai telah menerima Sijil Bersih Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2011 pada 25 Julai 2012 iaitu selepas Mesyuarat Exit Conference Mengenai Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir  2011.  Sijil ini telah disampaikan oleh Haji Amir Zaki bin Ahmad, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang bagi pihak Ketua Audit Negara.  Penganugerahan Sijil Bersih Akaun ini juga menunjukkan kecemerlangan perkhidmatan MPSP.


7. HARI NUZUL AL-QURAN HARI KELEPASAN AM PULAU PINANG
Dimaklumkan Hari Nuzul Al-Quran adalah merupakan Hari Kelepasan Am Pulau Pinang dan dijangka jatuh pada 6 Ogos 2012 (Isnin) bersamaan 17 Ramadhan yang merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Sekian, terima kasih.

{jcomments off}

JEMPUTAN KE EKSPO JUALAN TERUS DARI KILANG DI PUSAT KOMERSIAL PERMATANG PAUH

Dimaklumkan bahawa, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Pulau Pinang (KPDNKK) akan menganjurkan ekspo jualan terus dari kilang di Pusat Komersial Permatang Pauh (berhadapan UITM Permatang Pauh) bermula dari 26 Julai hingga 30 Julai 2012.

Berikut adalah maklumat berkenaan ekspo berkenaan.

kpdn2

kpdn1