Results Of Tender Board - Protest Dateline 22th November 2012

List Of Successful Contractors (Click To View)

 

{jcomments off}

PENUTUPAN KOMPLEK KOLAM RENANG AWAM SEBERANG JAYA

Dimaklumkan bahawa pihak MPSP kini dalam proses pembaikan Kompleks Kolam Renang Awam Seberang Jaya. Justeru itu, Kompleks Kolam Renang Awam Seberang Jaya ditutup untuk penggunaan, dan akan dibuka semula pada Januari 2013. Sebarang kesulitan amat dikesali.

Harap maklum.

{jcomments off}

BORANG PENYERTAAN ANUGERAH KOMUNITI MAMPAN 2012-2013 - SEBELUM ATAU PADA 14HB JUN 2013

1. Tujuan Anugerah ini adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada inisiatif dan/atau penambahbaikan pencapaian komuniti yang cemerlang dalam menambah-baik kualiti alam persekitaran dan kemampanan komuniti seperti yang termaktub di dalam Pelan Tindakan Local Action 21 Seberang Perai.

 

2. Penerima Anugerah akan dihadiahkan:

     i. TEMPAT PERTAMA: RM 3,000.00 dan Sijil Kepujian.
    ii. TEMPAT KEDUA: RM 2,000.00 dan Sijil Kepujian .
    iii. TEMPAT KETIGA: RM 1,500.00 dan Sijil Kepujian .
    iv. TEMPAT SAGUHATI; (5 hadiah) RM1,000.00 dan sijil kepujian

 

3. Maklumat Penyertaan hendaklah dikemukakan mengikut format berikut: -   

    A. Profil Kejiranan
    B. Profil Komuniti
    C. Profil Organisasi
    D. Inisiatif Komuniti ke arah kemampanan
    E. Kemajuan
    F. Perakuan

 

4. Borang penyertaan boleh diperolehi melalui 3 cara : menerusilaman web / internet (http://www.mpsp.gov.my/La21/) atau dalam bentuk cakera padat atau dalam bentuk kertas. Cakera padat boleh didapati dalam versi ” MICROSOFTWORD”, jika diminta.

 

5. Penyertaan hendaklah kemukakan dalam 2 salinan Laporan Penyertaan. Penyertaan dalam format digital digalakkan.

 

6. Borang Penyertaan dan laporan sampingan hendaklah dikemukakan kepada Unit Local Action 21 , Majlis Perbandaran Seberang Perai sebelum atau pada 14hb Jun 2013, . Semua penyertaan akan diperakui terima.

 

Untuk maklumat lanjut dan muat turun borang, sila klik di sini.

Untuk ke laman Unit Local Action 21, sila klik di sini.

 {jcomments off}

JADUAL KUTIPAN SAMPAH - HARI RAYA AIDIL ADHA (26/10/2012)

Untuk makluman jadual kutipan sampah pada Hari Raya Aidil Adha ( Jumaat - 26.10.2012) telah dibuat pindaan seperti berikut:

Jadual biasa  : 7.00 pagi - 4.00 petang

Pindaan ini dibuat bagi membolehkan pekerja Islam menunaikan solat sunat Aidiladha dan seterusnya solat Jumaat sebelum kembali menjalankan tugas harian.

Untuk makluman, jadual operasi bagi Stesen Pemindahan Ampang Jajar dan Tapak Pelupusan Pulau Burung juga akan beroperasi seperti ketetapan pindaan tersebut.

Sekian, harap maklum.

 

{jcomments off}

KARNIVAL KOMUNITI HIJAU - 3 & 4 NOVEMBER 2012

Dimaklumkan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai akan menganjurkan  Karnival Komuniti Hijau pada 3 dan 4 November 2012 (Sabtu & Ahad) di Konkus Megamal, Pinang, Jalan Baru, Prai.

Berikut disenaraikan kriteria & borang penyertaan bagi 4 jenis pertandingan untuk Karnival Komuniti Hijau :

 *   Pertandingan mewarna sekolah rendah (Borang)
 *   Pertandingan melukis sekolah menengah (Borang)
 *   Pertandingan seni kitar semula (Borang)
 *   Pertandingan pakaian beragam kitar semula (Borang

Untuk maklumat lanjut mengenai aturcara program ini, sila klik pautan ini.

Sekian, harap maklum.

 

{jcomments off}