Pemasangan Lampu Jalan Awam MPSP

Last updated on

PEMASANGAN LAMPU JALAN AWAM MPSP

Dasar
Dasar Permohonan dan Pemasangan Lampu Jalan Awam MPSP
 
Borang Permohonan
Borang Permohonan Lampu Awam MPSP
 
Senarai Semak
Contoh Pelan Lokasi Permohonan Lampu Awam MPSP
 
Soalan Lazim
1. Bagaimana untuk memohon pemasangan lampu jalan awam didepan rumah?
Pemohon perlu mengisi borang permohonan pemasangan lampu jalan awam MPSP yang boleh diperolehi di Laman Web MPSP dan dihantar kepada MPSP dengan sokongan YB/JKKK/Persatuan Penduduk/KRT.

2. Adakah permohonan pemasangan lampu jalan awam dikenakan bayaran?
Bayaran akan dikenakan oleh pihak TNB sekiranya pemasangan lampu jalan tersebut melibatkan tambahan tiang dan lampu baru manakala pemasangan lampu jalan pada tiang sedia ada yang telah mempunyai kabel lampu jalan adalah percuma. Bagi pemasangan yang melibatkan bayaran, pihak pemohon perlu merujuk/mendapat kebenaran daripada YB ADUN kawasan atau Ahli Majlis MPSP untuk kelulusan peruntukan bagi pemasangan tersebut.

3. Bil elektrik lampu yang dipohon siapa yang bayar?
Bil elektrik bulanan akan ditanggung oleh MPSP sepenuhnya.