Penang State Stadium, Batu Kawan
Penyerahan Pengurusan Stadium Negeri Batu Kawan kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSN)
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 19 Disember 2008 telah meluluskan penyerahan Pengurusan Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSN) dan Minit Mesyuarat MMK telah disahkan pada 7 Januari 2009.
Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi :
Pengarah
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah
Batu Uban, 11700 PULAU PINANG
Tel : 04 6593713/4/5
Fax : 04 6595996
Laman Web : msnpp.penang.gov.my
Pegawai Sukan I
Encik Mohammad Hafizi bin Mazain - 013 4065528 [ This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.]
Encik Amer bin Yusoff - 019 4401282
Encik Wahab - 016 4207444
Kemudahan yang ada:
- Stadium terbuka dengan kapasiti tempat duduk 40,000 penonton (55 ekar)
- Padang bola sepak (piawaian FIFA)
- Trek balapan dan kemudahan-kemudahan olahraga (piawaian IAAF)
- Papan markah elektronik (berwarna)
- Tempat letak kereta, bas dan motosikal (4,610 unit)
- Kawasan lapang dan landskap
Kemudahan yang ada dalam bangunan stadium:
- Bilik mesyuarat
- Bilik media
- Bilik VIP
- Bilik perubatan dan pertolongan cemas
- Surau
- Pusat Kawalan Polis
- Bilik pengawalan sistem 'scoreboard & videoboard'
- Tempat letak kereta untuk VIP
- Bilik persalinan
- Bilik pengadil
- Stor
ACARA | BERTIKET | TIDAK BERTIKET | ||
BIASA | KONSESI | BIASA | KONSESI | |
KONSERT / KARNIVAL / EKSPO / PERTUNJUKAN | ||||
Antarabangsa | 15 % dari jualan tiket atau RM 16,000.00 yang mana lebih tinggi | 15 % dari jualan tiket atau RM 8,000.00 yang mana lebih tinggi | RM 15,000.00 | RM 7,500.00 |
Tempatan | 15 % dari jualan tiket atau RM 16,000.00 yang mana lebih tinggi | 15% dari jualan tiket atau RM 8,000.00 yang mana lebih tinggi | RM 12,000.00 | RM 6,000.00 |
BOLA SEPAK | ||||
Antarabangsa | 15 % dari jualan tiket atau RM 16,000.00 yang mana lebih tinggi | 15% dari jualan tiket atau RM 8,000.00 yang mana lebih tinggi | RM 500.00 (2 jam-siang) RM 3000.00 |
RM 250.00 (2 jam-siang) RM 1500.00 |
Tempatan | 15 % dari jualan tiket atau RM 3,000.00 yang mana lebih tinggi | 15% dari jualan tiket atau RM 1,500.00 yang mana lebih tinggi | RM 250.00 (2 jam-siang) RM 3000.00 |
RM 125.00 (2 jam-siang) RM 1500.00 |
OLAHRAGA | ||||
Antarabangsa /
Tempatan |
15 % dari jualan tiket atau RM 3,000.00 yang mana lebih tinggi (Sehari) | 15 % dari jualan tiket atau RM 1,500.00 yang mana lebih tinggi (Sehari) | RM 250.00 (2 jam-siang) RM 1500.00 |
RM 125.00 (2 jam-siang) RM 750.00 |
Pemunggahan /
Pemasangan |
RM 1,000.00 (sehari) | RM 500.00 (sehari) | RM 1000.00 (sehari) | Percuma (sehari) |
TAPAK / TANAH LAPANG | ||||
TAPAK | BIASA | KONSESI | BIASA | KONSESI |
SEHARI | SEHARI | SEHARI | SEHARI | |
TAPAK A | RM 500.00 | Tiada | RM 500.00 | RM 250.00 |
TAPAK B | RM 500.00 | Tiada | RM 500.00 | RM 250.00 |
TAPAK C | RM 1,000.00 | Tiada | RM 1,000.00 | RM 500.00 |
TAPAK D | RM 2,000.00 | Tiada | RM 2,000.00 | RM 1,000.00 |
BILIK (SAMADA UNTUK PROGRAM BERTIKET ATAU TIDAK BERTIKET) | ||||
Bilik Persidangan / Bilik Mesyuarat | RM 100.00 (4 jam pertama) RM 150.00 (Harian) |
RM 50.00 (4 jam pertama) RM 75.00 (Harian) |
RM 100.00 (4 jam pertama) RM 150.00 (Harian) |
RM 50.00 (4 jam pertama) RM 75.00 (Harian) |
Bilik Urusetia | RM 50.00 (4 jam pertama) RM 150.00 (Harian) |
RM 25.00 (4 jam pertama) RM 75.00 (Harian) |
RM 50.00 (4 jam pertama) RM 150.00 (Harian) |
RM 25.00 (4 jam pertama) RM 75.00 (Harian) |
- MPSP mula mengambil alih pengurusan Stadium Negeri Batu Kawan Pulau Pinang daripada Penang Development Corporation (PDC) mulai 1 April 2003.
- Segala penggunaan atau tempahan stadium dibuat terus melalui MPSP.
- Pendapatan daripada tempahan stadium merupakan hasil pendapatan MPSP.
- Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan stadium juga ditanggung oleh MPSP sepenuhnya. Melainkan sekiranya berlaku kerosakan besar yang melibatkan perbelanjaan yang tinggi.
- Pengurusan stadium ini diletakkan dibawah Jabatan Kemasyarakatan.
- Terletak di Mukim 13 Seberang Perai Selatan.
- Keluasan sebanyak 150 ekar.
- Kapasiti penonton : 40,000 tempat duduk.
- Kos binaan : 104 juta.