Mengikut peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Jalan, Parit dan bangunan 1974 (Akta 133), Undang - undang Kecil Bangunan Seragam 1986 dan dasar - dasar Majlis, jabatan ini bertanggungjawab melaksanakan undang - undang kawalan bangunan - bangunan di dalam kawasan pentadbiran Majlis dan memastikan ia dibina mengikut syarat - syarat yang telah ditetapkan oleh Akta dan Undang - undang Kecil di atas.
BAHAGIAN / UNIT
- Bahagian Kawalan Bangunan
- Unit Seberang Perai Utara
- Unit Seberang Perai tengah
- Unit Seberang Perai Selatan
- Bahagian Pentadbiran
- Unit Pentadbiran
- Unit R&D
Fungsi Jabatan Bangunan adalah :
- Menguatkuasakan kawalan ke atas pembinaan bangunan dan penduduk kepada bangunan - bangunan di Seberang Perai.
- Menasihati Majlis dalam kawalan perancangan bangunan.
- Mengawal, memeriksa dan menjalankan siasatan ke atas semua bangunan tambahan dan bangunan yang didirikan tanpa kebenaran.
- Menasihati lain - lain jabatan di atas perkara - perkara yang berkaitan dengan kegunaan bangunan.
- Merekabentuk pindaan / bangunan yang dicadangkan untuk didirikan jika ada.
|