Patil Anjing

Tarikh kemaskini pada

PERMOHONAN PATIL ANJING
Garis Panduan
1.
Pemilik anjing boleh memohon lesen anjing secara dalam talian menerusi cybercounter bahagian lesen (Permohonan Sistem Pengesanan Maklumat Haiwan (SPMH) dan penghantaran lesen anjing akan dibuat secara pos. Pemilik anjing boleh datang ke cawangan MBSP Bandar Perda (SPT), MBSP Jawi (SPS) dan MBSP Kg Jawa di Butterworth (SPU). Tidak perlu membawa gambar anjing tetapi pemilik perlu membawa no cukai taksiran rumah. Jika membuat permohonan bagi pihak lain sila bawa salinan IC pihak tersebut untuk pengesahan maklumat.
2.
Pemilik boleh mendapatkan borang pendaftaran patil lesen anjing di kaunter yang berkaitan. Syarat - syarat serta panduan permohonan ada dikepilkan sekali bersama Borang Pendaftaran Patil Anjing.
3.
Selepas selesai mengisi borang pemilik boleh membuat pendaftaran di kaunter yang berkaitan. Bayaran sebanyak RM 10 akan dikenakan bagi setiap ekor anjing yang didaftarkan.
4.
Selesai pendaftaran resit / bil pembayaran serta patil lesen anjing akan diberikan kepada pemilik. Sila simpan salinan resit / bil untuk sebarang rujukan di masa hadapan. Pendaftaran selesai.
   
Borang Permohonan
   
Senarai Semak