Penukaran Alamat Pos Bil Cukai Taksiran

Tarikh kemaskini pada

PERMOHONAN PENUKARAN ALAMAT POS BIL CUKAI TAKSIRAN
Borang Permohonan
   
Soalan Lazim
i.
Apakah tujuan Penukaran Alamat Pos?
 
Jawapan : Penukaran alamat pos memberi kemudahan untuk mengemaskini data pengguna. Ini adalah untuk memastikan semua bil - bil taksiran dapat dihantar ke alamat surat menyurat pembayar cukai. Pembayar cukai boleh memaklumkan alamat terkini di mana surat atau bil cukai taksiran perlu dihantar.
   
ii.
Bagaimana permohonan penukaran alamat pos boleh dibuat?
 
Jawapan : Anda boleh memohon dengan mengikuti cara :
1. Memohon melalui laman web.
2. Mengisi Borang Permohonan Penukaran Alamat Pos yang disediakan oleh MBSP.
3. Emel ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
   
iii.
Memohon penukaran alamat pos melalui borang?
 
Jawapan : Anda boleh mendapatkan borang permohonan penukaran alamat pos dengan mencetak keluar Borang Penukaran Alamat Pos dengan klik Borang Permohonan.
   
iii.
Permohonan dan semakan Alamat Pos Harta boleh dibuat oleh pemilik harta melalui laman web MBSP?
 
Jawapan : Ya, pemilik harta boleh membuat semakan di laman web MBSP iaitu https://www.mbsp.gov.my melalui tab Perkhidmatan Online.